Kalau tahu apa maksud nombor ini, ‘confirm’ tak kena tipu dengan kedai tayar

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Tayar kenderaan akan mengalami kehausan atau ‘botak’ selepas digunakan untuk beberapa tahun.

Untuk mengelakkan kemalangan, disarankan pemilik kenderaan menukar tayar setiap dua tahun.

Namun, sebagai pengguna yang berpengetahuan, penting untuk memahami asas mengenai tayar kenderaan bagi mengelakkan penipuan oleh penjual tayar.

Sebelum ini, ada penjual yang telah menjual tayar lama dengan harga tinggi untuk mendapat keuntungan.

Penting untuk diingat bahawa tempoh penggunaan tayar adalah selama lima tahun dari tarikh pembuatannya.

Kalau tahu apa maksud nombor ini, 'confirm' tak kena tipu dengan kedai tayar

Walaupun tayar yang berusia lebih dari lima tahun masih boleh digunakan, getahnya akan menjadi keras kerana telah tamat tempoh.

Sebelum membeli, periksa tarikh pembuatan melalui kod tayar atau indeks yang tertera pada bahagian sisi tayar. Tarikh tersebut biasanya memaparkan minggu dan tahun pembuatan.

Contohnya, jika kod tayar menunjukkan ‘2519’, ia bermaksud tayar itu dibuat pada minggu ke-25 tahun 2019.

Selain itu, dengan memahami maksud kod tayar, anda dapat memilih tayar yang sesuai untuk kenderaan anda.

Sebagai contoh, jika tahap kelajuan tayar adalah 210km/j (kod H), tayar tersebut mungkin tidak sesuai untuk kenderaan anda yang

mempunyai had kelajuan sehingga 300km/j. Penggunaan tayar melebihi had kelajuan boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar.

BACA: Ramai tak tahu sebenarnya simpan resit dalam kereta boleh jadi punca kereta terbakar!