Ramai tak tahu rupanya beli kereta pun boleh dapat ‘cashback’ macam beli rumah

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Kini, memiliki sebuah kenderaan merupakan keperluan utama untuk menjalankan aktiviti harian dengan lancar.

Namun, proses memiliki kenderaan tidak semudah yang disangka, walaupun anda mungkin layak berdasarkan pendapatan bulanan anda.

Banyak yang tidak sedar bahawa terdapat beberapa caj tersembunyi seperti insurans, cukai jalan, servis, dan penyelenggaraan yang perlu dipertimbangkan

selepas anda mendapat kelulusan pinjaman. Jika tidak berhati-hati, kos tambahan ini boleh menjadi beban kewangan yang besar.

Menerusi perkongsian yang viral, seorang lelaki telah berkongsi formula untuk membeli kereta tanpa terperangkap dalam hutang yang berlarutan.

Ramai tak tahu rupanya beli kereta pun boleh dapat 'cashback' macam beli rumah

Ammar Faris memberikan pandangan berdasarkan soalan seorang individu yang merancang untuk membayar deposit sebanyak RM30,000 untuk sebuah Perodua Myvi model X 1.5 dan menjalankan pinjaman selama lima tahun.

1. Harga kereta yang ingin dibeli sewajarnya tidak melebihi 12 bulan gaji

Kalau gaji individu itu sekitar RM5,000 sebulan, pendapatan setahun adalah RM60,000.

Harga belian Myvi 1.5X termasuk kos insurans dan cukai jalan adalah sekitar RM53,000.

2. Jika deposit dibayar lebih 20 peratus

Apabila dia berhasrat membayar deposit sebanyak RM30,000 iaitu lebih separuh daripada harga kereta impian, maka ia akan mengurangkan bebanan kewangan setiap bulan.

Seperti kiraan ini, (RM30,000/RM53,000) x 100 peratus = 56.6 peratus.

3. Pembiayaan bulanan kurang dari 15 peratus pendapatan

Kebiasaannya dia akan mengesyorkan supaya pinjaman dibuat dalam tempoh lima hingga tujuh tahun sahaja.

Andaian kadar faedah yang dibuat adalah tiga peratus dengan deposit RM30,000.

Jadi bulanan adalah sebanyak RM400.58 sebulan.

Oleh itu, kalau mengikut kiraan yang dibuat, kos bulanan individu itu tidak membebankan.

Ammar Faris turut menasihati individu tersebut supaya tidak menggunakan duit simpanan kecemasan bagi membuat bayaran deposit yang tinggi.

Cara ini juga memberi keuntungan kepada pembeli apabila dia ingin menjual semula kereta selepas tempoh lima tahun berikutan bayaran pinjaman telah melebihi 90 peratus sekali gus membolehkannya menerima pulangan tunai (cash back) yang banyak.

BACA: “Suami tersalah hantar whatsapp, ayat dari wasap tu macam dah kahwin lain siap ada anak lagi, bila tanya suami, lain pula alasannya”