Wang kertas bernilai RM440,000 akhirnya jadi sampah, terpaksa dibuang

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Guni-guni ini adalah longgokan sampah wang bernilai RM439,598”

Sebuah video yang viral di media sosial menunjukkan beberapa beg yang berisi wang kertas

bernilai 1.5 miliar rupiah (RM439,598) yang telah hancur dan koyak, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Tribunnews.

Berdasarkan video yang telah dikongsikan di platform TikTok secara meluas, wang kertas tersebut dimasukkan ke dalam beg untuk dibuang,

ia dikatakan berasal dari Bank Indonesia di Malang, wilayah Jawa Timur

Wang kertas bernilai RM440,000 akhirnya jadi sampah, terpaksa dibuang

Wang tersebut terpaksa dirosakkan dan dibuang atas pelbagai alasan serta wang tersebut tidak sah untuk digunakan orang awam.

“Guni ini adalah longgokan sampah wang bernilai 1.5 bilion rupiah,” kata keterangan pada video tersebut.

Selepas penyebaran video tersebut, Bank Indonesia telah mengeluarkan kenyataan media meminta orang ramai untuk menjaga wang kertas dengan baik.

Masyarakat diminta agar tidak merosakkan wang kertas dengan cara seperti melipat, merenyuk, serta membasahkannya.