Setelah menghidupkan enjin, perkara pertama yang kita lakukan apabila masuk ke dalam kenderaan adalah memasang sistem air cond.
Dengan cuaca panas yang kerap berlaku di negara kita, tidak hairanlah sistem pendingin hawa menjadi satu keperluan utama untuk memastikan keselesaan semasa memandu.
Bayangkan memandu dalam cuaca panas, pasti akan menyebabkan peluh yang tidak terkira!
Lebih teruk lagi, memandu dalam kesesakan trafik semasa cuaca panas boleh menyebabkan sakit kepala yang tidak diingini.
Oleh itu, sebagai pemilik kenderaan, selain menjaga enjin, penting juga untuk memastikan sistem pendingin hawa sentiasa berfungsi dengan baik.
Selain daripada menjalankan servis berkala, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk mengelakkan kerosakan pada sistem pendingin hawa.
Salah satu tabiat yang perlu diubah ialah mematikan enjin secara tiba-tiba, kerana amalan ini boleh memberi kesan kepada prestasi sistem pendingin hawa.
Jika sistem ini rosak, kos untuk membaikinya tentu tidak murah. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengubah tabiat yang buruk yang mungkin menyebabkan kerosakan pada sistem pendingin hawa:
1) Tutup enjin kenderaan secara mengejut
Biasakan menutup pendingin hawa terlebih dahulu sebelum mematikan enjin.
Jika tidak, semasa mahu menghidupkan enjin, pendingin hawa terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri akan terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan.
Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi pendingin hawa.
2) Kereta bersepah
Membiarkan sampah dan kotoran bersepah di dalam kereta bukan sahaja menyebabkan suasana yang tidak selesa, malah debu juga akan melekat secara berterusan.
Ia seterusnya memberi kesan kepada pendingin hawa memandangkan debu dan habuk yang dihasilkan akan masuk dan keluar dari penapis, sekali gus membuatkan ia lebih cepat rosak.
3) Buka tingkap ketika ‘aircond’ sedang dipasang
Tabiat ini boleh menyebabkan kompresor kereta terpaksa beroperasi lebih daripada biasa.
Jika tabiat ini sering dilakukan, maka tidak mustahil aircond kereta anda akan mudah mengalami kerosakan.
4) Merokok sewaktu memandu
Asap serta debu daripada rokok boleh menembusi bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut akan menyebabkan penapis menjadi cepat kotor akibat habuk.
Akibatnya, tahap kesejukan aircond kereta akan terganggu dan boleh menjadi tidak optimum dari yang sepatutnya.
5) Pewangi kenderaan kurang sesuai
Untuk pengetahuan anda, pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap.
Apabila pewangi jenis gel terkena suhu yang sejuk, wap tersebut berubah kepada bentuk gel dan seterusnya mampu menghalang penapis dan evaporator atau cooling dalam pendingin hawa.
Sebaiknya, gunakan pewangi yang bersifat cecair untuk memastikan aircond anda tidak mudah terjejas dan rosak.
BACA: Ramai tak tahu rupanya beli kereta pun boleh dapat ‘cashback’ macam beli rumah