Tak sangka rupanya ada rahsia disebalik resit, bukan sekadar bukti kepada LHDN

Oleh NADIA HARON

Seperti biasa, ramai yang mengalami masalah apabila resit dan dokumen berkaitan cukai hilang atau rosak akibat tidak disimpan dengan baik.

Tahukah anda, menyimpan semua dokumen percukaian adalah keperluan undang-undang dan juga memberikan manfaat kepada pembayar cukai.

Berikut adalah beberapa manfaat menyimpan dokumen cukai dengan baik:

1. Mematuhi undang-undang cukai

Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan bahawa setiap dokumen percukaian hendaklah disimpan selama tujuh tahun

Tak sangka rupanya ada rahsia disebalik resit, bukan sekadar bukti kepada LHDN

. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh mengakibatkan denda atau penjara.

2. Memudahkan urusan pengiraan cukai

Menyimpan dokumen cukai dengan teratur membantu pembayar cukai mengisi borang cukai dengan betul. Mereka dapat mengambil kira semua perbelanjaan dan pelepasan cukai yang layak, mengelakkan pembayaran cukai berlebihan.

3. Memudahkan semakan semula oleh LHDN

Rekod yang kemas membantu pembayar cukai membuktikan kesahihan tuntutan mereka apabila diminta oleh LHDN. Ini memastikan proses semakan semula berjalan lancar tanpa denda tambahan.

4. Memudahkan pembayaran semula dan pengurangan cukai

Menyimpan dokumen cukai membolehkan pembayar cukai membuat semakan semula dan memohon pengurangan cukai jika terdapat kesilapan dalam pelaporan sebelum ini.

Amalkan tabiat menyimpan dokumen cukai dengan baik untuk manfaat anda sendiri. Dokumen boleh disimpan dalam bentuk cetak atau digital.

BACA: Wang kertas bernilai RM440,000 akhirnya jadi sampah, terpaksa dibuang