Menunggu bahan mentah mencair sebelum memasak boleh menjadi satu urusan yang agak menyusahkan.
Terutama sekali jika menunggu ayam atau daging kerana proses pencairan kedua-dua bahan tersebut memakan masa lebih lama berbanding makanan laut.
Oleh itu, ramai yang menggunakan kaedah membiarkan bahan mentah di luar pada suhu bilik selama lebih empat jam untuk proses pencairan semulajadi.
Sambil menunggu, mereka biasanya mengisi masa dengan melakukan tugasan-tugasan lain seperti mengemas atau menjemur pakaian.
Namun, tahukah anda bahawa cara ini sebenarnya boleh meningkatkan risiko keracunan makanan dalam keluarga anda?
Menerusi satu hantaran oleh Shahida Zahira di platform TikTok, dia berkongsi kaedah mudah dan selamat untuk mencairkan ayam atau daging beku bagi mengelakkan keracunan makanan.
Kaedah salah boleh menyebabkan kuman merebak pada bahan sejukbeku:
1. Letak di bahagian lain dalam peti (bukan chiller) untuk cairkan ayam yang beku selama seharian.
2. Curahkan air panas untuk cepat cair.
3. Masak dalam slow cooker.
Cara betul nyahbeku ayam dengan cepat
1. Rendamkan dan lalukan air pili yang bersih.
2. Guna fungsi ‘defrost’ dalam ketuhar gelombang mikro.
3. Guna periuk tekanan tinggi.
Meninjau di ruangan komen video tersebut, ramai yang terkejut bahawa kuman boleh merebak dan membiak sekiranya bahan mentah ayam dan daging dibiarkan terdedah dalam susu bilik untuk tempoh lama.
Malah, ada juga yang berkongsi info tentang tempoh yang diambil untuk menyahbekukan bahan mentah dengan cara rendam dan lalukan air.
Kata mereka ia hanya memakan masa beberapa minit selain tidak perlu membuka pili air dengan deras.