Apabila tiba masanya untuk mencuci toto atau comforter, ramai yang memilih untuk pergi ke premis dobi layan diri kerana mesin basuhnya yang besar dan berkuasa.
Ini memastikan pencucian yang lebih bersih dan efisien, berbanding mencuci di rumah yang mungkin tidak memberikan hasil yang memuaskan.
Walau bagaimanapun, ketika menggunakan dobi layan diri, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memasukkan
toto ke dalam mesin basuh. Berikut adalah beberapa tip untuk memastikan toto dapat dicuci dengan bersih tanpa mengalami sebarang kerosakan:
Periksa label pada toto untuk memastikan ia sesuai untuk dicuci dengan mesin dan suhu air yang disarankan.
Pastikan bahagian toto tidak terkoyak atau jahitan terbuka yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar semasa pencucian.
Mulakan dengan proses pre-wash: Cuci bahagian yang kotor menggunakan cecair pencuci.
Masukkan toto ke dalam mesin basuh.
Gunakan mesin basuh yang besar untuk pencucian yang lebih efisien. Pastikan satu mesin basuh hanya untuk satu toto.
Pilih suhu pencucian yang sesuai dengan jenis fabrik. Amat disarankan untuk menggunakan mod pencucian panas untuk membunuh kuman dan hama habuk.
Masukkan sabun dan pelembut fabrik ke dalam salur masuk mesin basuh. Pastikan sabun yang digunakan adalah jenis yang lembut.
Setelah pencucian selesai, keringkan toto menggunakan mesin pengering pada suhu yang tinggi. Pengeringan pada suhu tinggi dapat membunuh hama dan mikroorganisma.
Periksa kekeringan toto sebelum masa pengeringan tamat. Tambah masa pengeringan jika perlu. Masa pengeringan yang disyorkan adalah antara 27 hingga 30 minit.
Jika memungkinkan, jemurlah toto di bawah cahaya matahari untuk keringan tambahan dan membunuh kuman secara semulajadi.
Cuba ikuti tip-tip ini untuk hasil pencucian toto yang lebih bersih dan wangi seterusnya.
BACA: Tak sangka rupanya ada rahsia disebalik resit, bukan sekadar bukti kepada LHDN