Assalamualaikum. Nama aku Seroja (bukan nama sebenar) cerita yang aku nak kongsikan ni aku anggap sebagai
kisah silam untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman. Aku kenal Lemon (bukan nama sebenar) masa aku di umur 20-an.
Aku dan Lemon ni boleh dik4takan bagai langit dan bumi lah. Kalau korang pernah tengok cerita Adnan Sempit, macamtu la kami
Aku ni boleh dik4takan seorang yang dibesarkan dengan kesenangan dan dimanjakan oleh keluarga. Dan Lemon ni pulak sebaliknya.
Masa aku mengenali Lemon aku sedang Degree di sebuah universiti terkemuka dan Lemon pulak masatu hanya tolong mak abah dia dekat pasar.
Tapi entah macam mana cara layanannya dan keluarganya yang membuat aku tertarik dan sem4kin sayang walapun cara kehidupan kami berdua sangat berbeza.
Dengan dia, aku belajar sedap rupanya makanan di pasar malam, best suasana makan di warung. Lemon lah yang banyak mengajar aku cara hidup yang sebelum ni aku tak pernah lalui. Dan aku seronok dapat belajar semua tu.
Keluarga Lemon layan aku macam anak sendiri dan jujur aku sangat sayangkan keluarga Lemon. Selang beberapa lama perkenalan, satu hari Lemon tiba – tiba diamkan diri. Aku cari Lemon ke semua platform medsoc tapi semua tidak berbaIas.
Tiba – tiba aku terima call dari mak Lemon yang Lemon rupanya di lokap polis. Lemon di tangkap atas kes jen4yah yang agak berat. Aku terk3jut taktahu apa yang aku patut rasa waktu tu. Marah kecewa sedih semua bercampur.
Aku tekad ingin tinggalkan Lemon, tapi mak Lemon bersungguh – sungguh memujuk aku untuk jumpa dengan Lemon walaupun sekali ketika Lemon sudah jatuh hukvm nanti. Lemon akhirnya dimasukkan ke salah satu Penjara di area selangor, Lemon dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara.
Aku pergi melawat Lemon untuk kali pertama bersama maknya. Lemon menangis merayu meminta aku menunggunya. Lemon berjanji dia tak akan ulangi perbuatan dia. Dan b0dohnya aku ketika tu kerana masih sayang aku menunggu Lemon hingga dia dibebaskan.
Sepanjang tu juga aku melawat Lemon tanpa skip hingga ke bulan terakhir dia di sana. Sepanjang Lemon tiada, aku sering menemani mak Lemon ketika mak Lemon tiba – tiba sedih teringatkan Lemon. Aku jugak selalu bawa keluar mak dan adik – adiknya berjalan ketika Lemon masih di penjara.
Sampailah hari yang paling aku nantikan. Ya Lemon bebas! Ketika itu aku sedang final exam. Laju aku balik ke rumah sewa sebab nak cepat – cepat ke rumah Lemon.
Macam – macam sudah aku fikirkan, nak bawa Lemon makan makanan yang dia teringin, nak belikan Lemon baju baru nak belikan ini itu. Jelas gembira di wajah mak Lemon bila Lemon dah dibebaskan.
Tapi ayah Lemon biasa saja. Ayah Lemon masih kecewa dan tak percaya yang Lemon akan berubah. Dengan title Banduan sangat susah untuk Lemon dapatkan kerja. Dengan kawan – kawan sekeliling memandang rendah apa tah lagi nak bergaul.
Aku bagi idea kepada Lemon dan ajak Lemon untuk kami buat business kecil – kecilan. Dengan kereta yang aku ada kami angkut khemah kerusi dan balang air kami berniaga di tepi jalan di kawasan rumah Lemon. Hahaha. Kelakar bila di ingatkan.
Aku seorang gadis manja yang tak pernah berpanas berhujan boleh bersama – sama meniaga air dengannya setiap hari. Duit belanja yang ayah aku bagi separuh habis untuk modal meniaga. Balik je class laju aku bawa kereta ke rumahnya untuk berniaga.
Perniagaan kami hari ke hari sem4kin berkembang. Dari air balang kini dah ke air botol dan boleh supply ke kedai – kedai kecil. Ayah Lemon pun sem4kin mesra dengan Lemon mungkin kerna ayah Lemon sudah mempercayai Lemon boleh berubah dan bekerja.
Tak sangka air botol kami dapat sambutan ramai. Dari air, kami tambah menu baru pulak, jual bingsu! tak sangka ramai penggemar menu kami, hihi. Setelah di tahun ke 4 perkenalan. Lemon bagitahu dia nak cari kerja tetap yang ada kwsp socso.
Aku cuba apply kan semua kerja untuk Lemon. Kesemua interview Lemon aku teman supaya Lemon bersemangat. Ada yang dia bertahan 2 hari, ada yang 3 hari. Akhirnya aku cuba apply lagi di satu Kilang di selangor juga. Setelah beberapa kali. Alhamdulillah Lemon diterima.
Tapi kegembiraan yang aku rasakan tu tak lama. Dalam beberapa bulan Lemon kerja di sana. Lemon mengenali seorang perempuan yang sama tempat kerja dengannya.
Kata Lemon dia inginkan “perempuan baik”. Mungkin aku belum cukup baik selama beberapa tahun ini dengannya. Mungkin aku tak secantik perempuan itu. Dan akhirnya sekelip mata aku dibuang.
Sehingga kini parut masih terasa, cuma aku belajar menerima hakik4t. Aku terima semua yang telah berlaku, doa aku semoga Lemon bahagia. Sudah 3 tahun berlalu..
Entah apa khabar mereka sekeluarga kerana aku pun menghilangkan diri selepas kejadian tu. Semoga baik – baik saja buatmu. – Seroja (bukan nama sebenar)
Sambungan… Assalamualaikum semua. Terima kasih pada yang beri nasihat dan comment yang baik – baik untuk Seroja. Tak sangka ramai yang marah lepas baca cerita aku dan Lemon ni. Aku baca semuanya dan sangat tersentuh hati ni bila rata – rata mendoakan semoga aku dikurniakan jodoh yang baik dan selayaknya. Aamiin.
Ada part yang aku lupa hendak masukkan, iaitu bagaimana Lemon “terkantoi”. Izinkan aku untuk ringkaskan.. Masa kejadian ialah pada hari Jumaat (bulan ramadhan). Tarikh yang sama anniversary perkenalan kami yang ke 4 tahun.
Jadi aku dah pun book Dinner, iftar di sebuah hotel di petaling jaya. Excited punya pasal aku book 2 minggu awal lagi dan dah inform Lemon siap – siap. Sampai lah hari kejadian, jam menunjukkan 5 petang. Dan kebiasaanya Lemon akan inform aku bila dia sudah habis kerja.
Tapi haritu dia berlainan, dari 5 petang Lemon habis kerja Lemon mendiamkan diri. Jadi aku beranggapan mungkin Lemon sudah sampai di rumahnya dan sedang bersiap untuk ke hotel itu. Jam dah menunjukkan 6 petang, aku bergegas keluar dan drive menuju ke petaling jaya di mana hotel tersebut berada.
Sambil drive aku call Lemon berkali – kali tapi tak berangkat dan akhirnya telefonnya dim4tikan. Aku risau aku fikirkan terjadi apa – apa pada Lemon tapi aku masih positif.
Aku berhentikan kereta di tepi jalan, jam pada masa itu telah pun masuk waktu maghrib dan aku masih di dalam kereta sambil tangan aku tak putus – putus menelefon Lemon. Hati sudah tidak sedap.
Aku tak ingin mengganggu mak atau adik Lemon pastinya mereka sedang beriftar. Jadi aku decide untuk tunggu sahaja mungkin phone Lemon habis bateri. Sedang aku leka melayan perasaan, aku buka instagram dan sengaja aku cuba untuk log in ke account Lemon.
Puas aku meneka password ig nya, selepas beberapa kali percubaan yes akhirnya berjaya masuk! Apa yang paling meng3jutkan, tiba – tiba ada pula ig story Lemon. Eh bila pulak Lemon update story? Oh dia hide story dari aku rupanya.
Aku pun tekan story Lemon, rupanya Lemon sedang sibuk beriftar bersama perempuan itu di sebuah hotel di shah alam. Lemon memakai baju kemeja yang aku belikan untuk dia pakai pada malam yang sepatutnya kami dinner.
Perempuan itu pula memakai baju yang sama warna dengan Lemon. Mereka seperti pasangan sejoli. Aku yang ketika itu masih di tepi jalan merenung panjang. Sudahlah belum berbuka, akhirnya berbuka dengan air mata pula, haha.
Jam pada waktu tu sudah menganjak ke 11 malam. Dan ye aku masih di tepi jalan itu masih menekan nombor Lemon berkali – kali. Aku hanya termenung dan menangis aku jadi sh0ck aku tak percaya apa yang aku lihat. Lemon tak mungkin akan mengkhi4nati aku sampai begini.
Mana mungkin Lemon akan sanggup buat orang yang sudah susah untuknya begini. Dan itulah yang berada di fikiran aku berulang – ulang kali. Aku yang menyambut tangannya ketika orang lain menolaknya, bagaimana mungkin dia boleh buang aku? Perkataan itu terus terusan bermain di fikiran.
Tanpa sedar aku masih di tepi jalan itu sehingga jam 3 pagi. Dan Lemon masih tidak hidupkan phonenya. Aku menunggu sehingga selesai azan subuh untuk menghubungi mak Lemon dan minta izin ke rumahnya kerana aku sudahpun parking di bawah rumah Lemon.
Jam 7.30 pagi aku naik ke rumah Lemon atas keizinan mak Lemon. Mak Lemon tidak tahu mengapa aku datang aku cuma kata aku kebetulan ada di area tu dan minta tumpang berehat.
Aku masuk ke rumah dan aku buka pintu biliknya luas – luas, jelas Lemon sedang tidur dan phone di tepinya. Ya nampaknya Lemon memang sengaja mem4tikan phonenya.
Aku hanya berdiri di hujung pintu bilik Lemon sambil melihatnya dari jauh dan menunggu Lemon terbangun sendiri. Hampir 30 minit aku berdiri dan Lemon pun terjaga. Lemon terk3jut. Jelas terpampang kat muka dia. Dia bertanya bila aku sampai. Aku terus jawab “mana phone?”
Ketika tu Lemon masih tak tahu dia dah pun kantoi. Dan malam yang dia off phone tu aku dah pun dm perempuan itu dan bertanya tentang hubungan mereka dan beritahu segalanya siapa aku dan apa hubungan kami.
Kerana aku juga tertanya – tanya, mengapa perempuan ini masih ingin bersama Lemon, apa yang Lemon cerita kepadanya sedangkan di feed ig Lemon penuh dengan gambar kami bersama. Tapi perempuan itu hanya “seen” kan chat aku.
Berbalik pada situasi tadi, Lemon pun terus menghidupkan teleponnya. Nampak muka cemas di wajah Lemon dan sedang dia begitu focus membaca sesuatu di phonennya. Ketika itu aku fikirkan Lemon akan merayu dan meminta maaf atas kesilapannya.
Tapi aku silap. Perkataan pertama yang keluar dari mulut Lemon, “kenapa kau kacau kebahagiaan aku hah??!” Ye itulah ayat yang Lemon keluarkan pada aku ketika tu. Aku terk3jut. Aku terus bertanya aku kacau kebahagiaan kau? Aku ni siapa? Kau dah lupa ke aku siapa?
Dan Lemon hanya menjawab, “Eh pergi mampus la kau siapa ke, kau pernah susah dengan aku ke, apa ke, tu semua benda dah lepas, aku tak nak ingat! Benda sekarang aku nak perempuan ni! Susah aku nak dapatkan perempuan ni kau tahu tak! Asal kau nak kacau kebahagiaan aku b0doh?!”
Aku terkedu, seolah semua ni mimpi. Lemon yang aku tatang bagai minyak penuh berubah sekelip mata. Lemon terus menyentap tangan aku heret keluar dari rumahnya. Aku di seret tak ubah seperti seekor anjing, keluarga Lemon tiadak menghalang pun dan tidak diendahkannya, jiran – jiran memandang pelik dan takut.
Setiap langkah aku turun dari tangga sambil di seret oleh Lemon dari tingkat 7 penuh siksa, aku jatuh aku tersembam tidak dihiraukan yang penting dia dapat melepas amarahnya. Lemon mer4mpas kunci kereta aku, Lemon tarik aku p4ksa masuk kereta.
Aku cuba buka pintu untuk lari tapi tak berjaya, Lemon grip kepala aku. Lemon mem4ksa ingin mengambil telefon aku kerana Lemon ingin aku chat perempuan itu dan bagitahu yang aku hanya memfitnah Lemon. Tentu sekali aku takkan bagi Lemon ambil phone aku.
Lemon terus menolak aku ke cermin kereta dan mencekik aku sekuat hati sehingga aku menangis meminta tolong tapi tak ada orang yang sedari. Lemon t4mpar dan cekik aku dan dia berjaya ambil phone aku. Tapi Lemon tak dapat bukak kerana password telah pun aku tukar.
Lemon meng4muk seperti orang giIa di dalam kereta itu. Lemon menelefon perempuan itu menggunakan telefonnya di depan aku dan aku dip4ksa untuk tidak bersuara kalau tak aku di kasarinya. Aku seperti orang b0doh yang mendengar pasangan sejoli sedang mengadakan sesi pujuk memujuk.
Aku mendengar semua perbualan Lemon yang mengatakan aku perempuan giIa yang menfitnahnya. Dan yang aku tak menyangka perempuan itu masih tetap ingin bersama Lemon meskipun telah tahu semuanya. Perempuan itu menyuruh Lemon memilih aku atau dirinya. Ya sudahpasti aku bukan pilihannya.
Dan itulah kali terakhir aku bertemu Lemon. Keesokannya, gambar di medsoc Lemon semua telah di tukar gambar bersama perempuan itu. Whatsapp ig dan lain – lain semua penuh gambar perempuan itu. Sudah pasti Lemon sudah lama menantikan saat bahagia itu.
Business kami bersama diteruskan bersama kekasih barunya. Aku autom4tik telah dianggap orang luar. Aku pula ketika itu? Aku mengurungkan diri di rumah selama beberapa bulan. Tiada siapa tahu tentang apa yang berlaku termasuk kawan rapat mahupun keluarga.
Kata orang masa akan mengubati, tapi bagi aku sem4kin berjalan waktu sem4kin sesak d4da aku. Begitulah kisah silam dan kesilapan terb0doh aku lakukan.
Baru aku tahu begini rasanya dikhi4nati. Oh ya ada jam apple watch aku tertinggal di rumah nya dan dalam beberapa hari selepas kejadian itu aku melihat dp whatsapp Lemon gambar perempuan itu memakai jam tersebut, mungkin Lemon ingat semua barang aku telah menjadi miliknya mungkin.
Aku teringat, dulu aku pernah memberitahu Lemon, satu hari nanti aku mahu beli rantai emas berukir kan nama aku bila sudah bekerja. Kata Lemon jangan beli sendiri, biarkan dia yang beli untuk aku sebagai tanda membaIas penat lelah aku bersamanya dari susah.
Dan……. ya betul. Lemon beli rantai emas berukir nama tersebut. Persis seperti yang aku mahu. Tapi sayang, bukan nama aku yang terukir. Tapi berukirkan nama perempuan baru yang dikejarnya itu.Sosok nama yang sukar aku lupakan.
Tak apa lah.. meskipun bukan aku yang berada di samping diwaktu kesenangannya, tapi setidakknya aku dah buat yang sehabis baik di waktu susahnya.
Mungkin wajah aku tak secantik perempuan barunya itu. Kata Lemon perempuan itu perempuan paling cantik di kilang itu dah sukar untuk mendapatkannya.
Dan aku seolah – olah orang ketiga dalam perhubungan mereka. Kini Lemon telah pun berkahwin dengan perempuan itu. Terkadang aku terfikir di mana keadilan di dunia ini mengapa dia yang k3jam tapi dia pula yang bahagia dulu?
Sedangkan aku masih sendiri cuba memperbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik. Aku yang mengajarnya berjalan ketika dia masih merangkak. Tapi bila dia dah pandai berlari, dia pergi meninggaIkan aku… – Tamat –
Komen W4rganet :
Rizal Rodzuan : Mungkin kerana ni ramai wanita taknak kahwin dengan laki yang kurang berada.
Bukan tak sanggup hidup susah dengannya, tapi takut tak dihargai malah diambil kesempatan pau cukup – cukup, kalau lelaki tu dah senang terus lupa jasa isteri pilih wanita jelita yang selama ni tak pandang lelaki tu tapi sekarang gedik bila lelaki tu dah senang.
Adliah Ramli : Tak tahulah kenapa tetapi saya rasa lega sangat bila Lemon tinggalkan awak dan awak belum kahwin dengannya.
Leganya awak bebas daripada Lemon dan keluarganya. Kalau tak, tak tahulah, seumur hiduplah awak terper4ngkap dengan keluarga Lemon. Bangunlah awak, sembahyang sujud syukur.
BACA: Tak sangka! Rupanya ini teknik sebenar basuh toto, cuma ini yang anda kena kawal pada mesin basuh