Seorang lelaki di Thailand menjadi viral di internet setelah dikatakan mempunyai wajah yang menyerupai
pelakon filem John Wick, Keanu Reeves, lapor laman berita Thaiger.
Dalam klip video yang mendapat 4.7 juta kali tontonan, ‘kembar John Wick’ itu dilihat di pelbagai lokasi di Thailand,
sedang melakukan pelbagai perkara seperti membuat kopi, menjual sotong bakar, mencuci pinggan mangkuk, dan melawat tokong.
Dalam satu klip video yang juga menjadi tular, lelaki tersebut terlihat memakai seluar gajah dan menunggang motosikal untuk menjual sotong bakar.
“Katakanlah dia telah bersara daripada menjadi pembunuh upahan dan kini bergelar peniaga sepenuh masa,” kata seorang netizen secara berseloroh.