Patut yang rosak kena buang, wanita merana doktor tersilap buang buah pinggang

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang wanita di Rajasthan, India, kini dalam keadaan kritikal selepas doktor di sebuah hospital swasta

Didakwa melakukan kesilapan semasa prosedur pembedahan batu karang pada buah pinggangnya.

Wanita berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Eid Bano telah dimasukkan ke Hospital Dhankhar.

Selepas beberapa prosedur pemeriksaan, doktor mendapati bahawa buah pinggang sebelah kanannya mengalami kerosakan disebabkan oleh batu karang.

Pada 15 Mei yang lalu, wanita tersebut menjalani pembedahan.

Patut yang rosak kena buang, wanita merana doktor tersilap buang buah pinggang

Namun, doktor yang melakukan prosedur tersebut tersilap dengan membuang buah pinggang kanannya yang sebenarnya sihat, bukannya buah pinggang kiri yang rosak akibat batu karang.

Kerana kesilapan ini, doktor tersebut menawarkan untuk membayar kos rawatan Eid Bano di fasiliti kesihatan lain, tetapi keluarga wanita tersebut menolak tawaran tersebut.

Mereka telah membuat laporan polis untuk mendapatkan tindakan tegas terhadap doktor berkenaan.

Sementara itu, satu pasukan yang terdiri daripada lima orang doktor telah ditubuhkan untuk menyiasat kejadian ini.

BACA: “4 tahun aku tunggu dia keluar dari penjara, aku dilayan tak ubah seperti anjing, masa dia kat dalam, aku yang bantu orang tuanya”