Tak sangka! Rupanya Pluto bukan lagi dianggap sebagai planet

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Sejak kecil, kita telah diperkenalkan dengan pengetahuan tentang ruang angkasa, terutamanya dalam mata pelajaran Sains.

Masih banyak yang belum diketahui tentang angkasa atau cakerawala yang perlu diterokai oleh para saintis.

Dalam sistem suria, Matahari berfungsi sebagai pusat kepada seluruh planet yang mengorbit dalam jarak dan tempoh yang tertentu.

Terdapat sembilan planet dalam sistem suria bermula dari Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto.

Walau bagaimanapun, ramai yang menganggap kesemua planet adalah sembilan namun sebenarnya tidak.

Tak sangka! Rupanya Pluto bukan lagi dianggap sebagai planet

Tahukah anda bahawa Pluto sebenarnya tidak diiktiraf sebagai sebuah planet?

NASA mengiktiraf Pluto sebagai “planet kerdil”. Pada tahun 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) mengumumkan bahawa Pluto tidak lagi dianggap sebagai planet. IAU menyatakan bahawa Pluto hanya dikategorikan sebagai planet kerdil kerana tidak memenuhi kriteria sebenar sebuah planet.

Pluto hanya mempunyai ciri sfera sahaja, yang menyebabkannya tidak memenuhi syarat untuk menjadi sebuah planet. Walaupun begitu, pengamal sains terus menjalankan penyelidikan terhadap Pluto.

Pada 14 Julai 2015, penjelajah angkasa New Horizons NASA melakukan penerbangan bersejarah melalui sistem Pluto dan mengambil imej pertama kali dari jarak dekat. Hasil kajian tersebut telah mengubah pemahaman dunia tentang Pluto dan misteri di dalam sistem suria.

Pluto kini dikenali sebagai planet kerdil di Kuiper Belt, di luar orbit Neptunus. Sejarah penemuan Pluto bermula pada tahun 1906 apabila Percival Lowell mencadangkan pencarian untuk “Planet X”. Pada tahun 1930, Pluto pertama kali ditemui di Balai Cerap Lowell di Flagstaff, Arizona oleh Clyde W. Tombaugh.

Nama “Pluto” dicadangkan oleh seorang kanak-kanak, Venetia Burney yang mendapat inspirasi dari mitologi Rom. Pluto menjadi nama rasmi planet tersebut dan diumumkan pada 1 Mei 1930.

Walaupun Pluto tidak lagi diiktiraf sebagai sebuah planet, terdapat beberapa fakta menarik mengenai planet kerdil ini. Antaranya, Pluto mempunyai lima bulan, termasuk Charon, dan atmosfera yang nipis.

Pluto juga mengalami cuaca yang sangat ekstrem dengan suhu permukaan yang amat sejuk. Penemuan dan kajian lanjutan terhadap Pluto terus dilakukan untuk memahami lebih lanjut tentang bintang kecil ini di sistem suria kita.

BACA: “Aku bodoh ikut cakap suami buat loan 40k bayar hutang dia, bila aku minta dia belanja aku aiskrim drive thru RM1.05 pun takde duit”