Bukan saja-saja bahagian bawah kapal warna merah, ini fungsi sebenar

Oleh ISMAIL YAHYA

Perasan tak warna merah yang sering dicat pada bahagian bawah kapal?

Ya, kebanyakan kapal memang dicat dengan warna merah yang serupa. Tetapi tahukah anda sebab sebenar mengapa?

Ini kerana warna merah digunakan untuk mengelakkan cacing pemakan kayu daripada merosakkan bahagian badan kapal itu.

Selain itu, ia juga melindungi kapal daripada teritip, sejenis siput laut yang biasanya melekat pada permukaan kapal atau perahu.

Cat merah itu mengandungi tembaga oksida yang bertindak sebagai bahan biokida

Bukan saja-saja bahagian bawah kapal warna merah, ini fungsi sebenar

Tembaga ini kemudian bertukar menjadi warna merah apabila terdedah kepada udara.

Dengan mengurangkan kekotoran yang biasanya menumpuk pada badan kapal, ia membantu mengekalkan struktur kapal dan mencegah penimbunan ‘sampah’ seperti rumpai laut.

Selain itu, kapal juga dicat dengan warna merah untuk mengekalkan tradisi nautika yang membantu pemerhati mengukur beban kapal kargo. Ini boleh dilihat apabila beban bertambah, dan paras kapal semakin rendah di dalam air.

Oleh kerana itu, kita sering melihat nombor-nombor pada badan kapal diletakkan dengan menegak, sebagai panduan bagi pemerhati.

BACA: “Aku haramkan tubuh badan aku sampai mati! Bila aku baca tu meremang, aku cari jawapan, tak sangka ini yang ibu sorok selama dia hidup”