“Aku tak boleh pertahankan isteri bila dia kena kondem dengan mak aku, masalahnya isteri aku tak nak kalah, dia kuat menjawab”

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Aku Fariz, umur 25 tahun, seorang suami dan seorang bapa. Aku nak buat confession about isteri aku.

Tak ada dalam dunia ni suami yang suka tengok isteri dia penat siang malam ye, kalau ada pun tu bukan aku.

Aku nak cerita tentang isteri aku yang dah berubah 360 darjah. Aku tak tahu kenapa dia jadi macam tu, bila aku slow talk,

aku masih tak dapat jawapan. Ayat cliche yang dia bagai sebagai jawapan bagi persoalan aku adalah,

“Jadi isteri zaman sekarang ni susah. Salah sikit jadi bahan mulut orang. Cuai sikit kedai k0ndem itu ini.

"Aku tak boleh pertahankan isteri bila dia kena kondem dengan mak aku, masalahnya isteri aku tak nak kalah, dia kuat menjawab"

Makanya, jadi isteri ni kena kuat dan pandai berdikari. Bukan untuk orang lain jugak, untuk diri sendiri, and family”.

Aku faham kalau dia nak jadi isteri yang berdikari, tapi ni aku tengok macam ter”over” jer. Aku kadang – kadang hairan, isteri aku ni bekerja. Macam mana lah dia bahagi masa dia, bila lah agaknya dia rehat. Aku tengok dia kadang – kadang rasa dia ni terlampau struggle sedangkan aku ni suami.

Kadang – kadang tu aku yang tengok dia pun rasa penat. Bayangkan, setiap hari dia akan bangun sebelum subuh tu untuk sediakan makan breakfast dan bekal aku dan anak sebelum anak aku hantar ke pengasuh. Lepas masak, dia selesaikan kemas rumah.

Lepas tu siap – siap kan barang aku, anak, dan dia sekali sebelum kita orang pergi tempat kerja, dan pengasuh. Aku masuk kerja pukuI 9.30 pagi, manakala dia masuk kerja pukuI 9.00 pagi. Dia mesti gerak setengah jam sebelum tu, lepas tu kalau dia tak rushing, dia akan hantar anak ke pengasuh terus.

Aku balik kerja pukuI 8.00 malam, manakala dia office hour, balik kerja pukuI 6 petang. Setiap kali aku balik, mesti rumah dah siap kemas, makanan dah sedia, anak pun dah masuk tido. Sabtu ahad pulak isteri aku cuti, tapi tu pun dia tak rehat.

Dia mesti akan sibukkan diri kat laman kecik rumah kami dengan aktiviti menanam sayur – sayur dia tu lepas dia siap kemas rumah dan anak masuk tidur. Anak aku tu hyperactive, pantang nampak daun pokok ni mesti tangan tu gatal nak cabut – cabut.

Tak cukup dengan tu, setiap kali petang sabtu ahad, ada jer idea wife aku ni bawak anak pergi beriadah. Katanya nak beli jiwa anak. Gaji isteri aku tak besar mana, tapi aku selalu tengok dia ni macam tak ada masalah. Dari baju kerja ke baju harian, kadang – kadang jer aku belikan.

Yang lainnya dia akan tolak, dia kata dia nak beli sendiri pakai duit dia. Dia siap kata kalau aku ada duit lebih, rajin – rajin lah hantar ke kampung sedangkan mak ayah aku ni pesara kerajaan yang memang tak akan mintak duit dari anak – anak sesen pun.

Isteri aku ni aku tak tahu lah macam mana dia bahagi masa. Sekarang ni pulak dia open order makanan macam cheese tart tu tapi dia akan deliver hari sabtu ahad jer sebab hari tu jer dia cuti. Makanan cust dia akan buat seawal pagi, simpan baik – baik, lepas tu buat aktiviti dia macam biasa.

Dia macam teramat multitasking. Aku dah banyak kali pesan, if dia tak boleh nak buat, tak payah pa4ksakan diri. Tapi dia tak endahkan nasihat aku. Di sebalik aku kagum dengan perubahan dia tu, sebenarnya ada benda yang aku kurang selesa.

Nak tegur tapi isu perempuan sama perempuan ni payah. Hubungan aku dengan ibu bapa aku atau ibu bapa isteri aku baik – baik jer. Tapi, hubungan isteri aku dengan mak aku macam regang sedikit sejak dia bekerja. Aku rasa normallah kan kalau mak mertua ni suka bergurau itu ini, kadang – kadang tu apa yang diorang sampaikan tu hanya nasihat dan berdasarkan dari pengalaman diorang.

Nak dengar dengar, tak nak sudah. Takkan benda kecik tu pun nak ambik hati sampai bermasam muka kan? Mak aku pun satu, aku dah banyak kali tegur dia bab cara dia layan isteri aku, tapi dia rasa dia betul. Aku ni anak tak boleh buat apa.

Dulu kalau mak aku “basuh” isteri aku sebab dulu masa anak kami 6 bulan macam tu, isteri aku buat keputusan tak nak kerja dah, dan jadi suri rumah, mak aku yang terpaling bising kata isteri aku tak ada sumbangan dalam family aku sedangkan aku yang suami ni pun tak cakap banyak.

Bagi aku, aku mampu lagi tampug isteri dan anak aku. Tapi bila isteri aku dah jadi macam sekarang ni, barulah mak aku macam tak kata apa. Bila mak aku nak kondem isteri aku, isteri aku ni mesti tak nak kalah, ada jer benda yang dia nak cakap walaupun apa yang dia cakap tu masih berlapik and nada lembut and macam bergurau, tapi boleh terasa lah kalau fahamkan betul – betul apa yang dia cakap.

Dan sejak isteri aku ni bekerja dan boleh cari side income bagai, mak aku selalu cakap aku ni terlampau patuh dengan isteri sebab dekat rumah kami ada undang – undang. Aku suami patuh bukan sebab takut isteri, tapi aku rasa benda tu patut ada sebab dari kecik aku tak diajar tentang tugas seorang suami atau lelaki bila dah berkahwin and jadi bapak.

Dari kecik aku dihidang dengan pandangan yang lelaki ni raja dalam rumah, tugasnya kerja, keluar untuk cari nafkah dan bab lain semua lepas pada isteri dan masa tu mak aku pun bekerja macam bapak aku. Agaknya sebab tu lah mak aku jadi macam sekarang, dia rasa penat. Penat teramat.

Bila isteri aku buat undang – undang dan terangkan itu ini, one of that is, “Anak kita lelaki, dia akan lebih tiru apa yang abang buat daripada tiru saya. Jadi kita kenalah didik dia kemas rumah itu ini dari awal, nanti bila dia dah berkeluarga, isteri dia tak terbeban buat kerja rumah.”

“Abang pun tahu kan kekuatan rumah tangga tu berbalik pada ibu rumah tangga sebab dia yang uruskan hal rumah. Jadi kalau emosi dia tak okay, macamana dia boleh kuat? Macamana rumah tangga akan okay?” Kata – kata mungkin sebagai pesanan jugak pada aku yang selalu tak cakna pada wife.

Sepanjang isteri aku jadi suri rumah sepenuh masa, aku terkadang tak boleh nak pertahankan dia bila dia kena kritik atau k0ndem dengan mak aku sendiri. Isteri aku ni bukan kosong – kosong, dia belajar pun tinggi dari aku, tapi dia sejenis humble.

Dulu dia tak lah meIawan cakap mak aku macam sekarang, mungkin sebab dia lama pendam kot jadi macam sekarang ni. But she still my Isteri Super. – Fariz (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Kaka Hashim : Dia bukan isteri super, dia isteri yang sedang memendam rasa. Tunggu masa meIetop je. Lebih – lebih lagi dapat suami tak backup dia. Dia tu dah hilang kepercayaan kat kau. Dia dah ada gambaran, kau tak boleh jadi pelindung kepada dia dan anak. Percayalah.. dia sedang bersedia seandainya terjadi sesuatu dalam rumah tangga. Silap hari bulan, bye – bye la kau sebab dia rasa dah tak perIukan kau.

Salwa Sani : Hahhahahaa jangan bangga sangat bro. Nampak gaya kalau kau dan keluarga berterusan menguli – gulikan dia. Bakal tamat lah riwayat kisah dongeng ni bro. She’s preparing her mentally, physically, and financially to live on her own.

Ubah la diri, jadi suami yang lebih membantu. Da tau mak mulut sesedap rasa pandai – pandaila cover bini. Puji la dia depan mak susah sangat ke? Good luck bro. Jangan bangga sangat bini extra multitasking dan hidup tak mengharap suami. Isteri ni hebat dan keras macam mana pun dia secara fitrahnya dia suka rasa dilindungi.

Hida Yah Kahar : Alahai.. Setakat cakap kesian tengok bini penat. Kalau dah tahu tu, bergerak la.. pagi – pagi tu sementara bini tt siapkan breakfast, tt siapkan lah barang – barang anak dan barang tt sekali. Kata kesian tapi still biar bini sediakan barang tt pagi – pagi.

Jadi raja kalau tt kaya, ada maid. Ni maid pun tak mampu, buang la sikap jadi raja tt tu yang diajar dari kecik, ni nak ikut lagi cakap mak. Menyampah betul keluarga yang merajakan anak lelaki ni. Banyak tengok dari negeri sekian – sekian.

BACA: “Baru padan dengan muka suami, biar dia tahu rasa macam mana dikhianati, aku beli kawan-kawan suami guna duit yang dia kikis dulu”