Ingatkan ‘aircond’ jadi punca bil elektrik rumah melambung, ramai tak perasan ini sebenarnya punca

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Ramai di antara kita merungut apabila bil elektrik tinggi. Itu memang hakikat yang perlu diterima kerana kita terpaksa menggunakan peralatan elektrik setiap masa.

Walaupun peralatan elektrik dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja, cara kita menggunakannya akan menentukan bil elektrik yang akan dibayar.

Walaupun kebanyakan peralatan elektrik kini dilengkapi dengan teknologi penjimatan tenaga, kita sebagai pengguna masih perlu mengamalkan tip-tip penjimatan sendiri.

Hari ini, kami akan berkongsi tip penjimatan elektrik di rumah yang disampaikan oleh seorang individu di akaun TikToknya, @abgletriqq.

Menurut @abgletriqq, semua peralatan elektrik yang mempunyai pemanas atau unsur pemanasan adalah peralatan yang menggunakan banyak tenaga.

Ingatkan 'aircond' jadi punca bil elektrik rumah melambung, ramai tak perasan ini sebenarnya punca

Contohnya, cerek elektrik, seterika, periuk nasi, pemanas air mandi, ketuhar, peti sejuk, dan penyaman udara.

Peralatan seperti peti sejuk akan menyumbang kepada peningkatan bil elektrik kerana ia dihidupkan 24 jam sehari secara berterusan.

Demikian juga dengan penyaman udara, beberapa daripadanya dihidupkan dan beroperasi lebih daripada lima jam sehari.

@abgletriqq juga berkongsi satu peralatan elektrik yang banyak menggunakan tenaga namun tidak disedari oleh ramai, iaitu mesin penapis air kerana ia juga mempunyai unsur pemanasan dan dihidupkan setiap hari seperti peti sejuk.

Maka, untuk lebih banyak penjimatan, anda mungkin boleh bertukar kepada penapis air manual.

Tip pertama ialah mengawal penggunaan penyaman udara. Jika suhu dikawal pada 24 darjah Celsius, ia tidak akan membebankan compressor dan tidak akan meningkatkan bil elektrik anda.

Anda juga boleh memasang kipas sambil membuka penyaman udara jika ruang tidak terlalu panas.

Tip seterusnya ialah membersihkan penapis udara penyaman udara kerana aliran udara yang terhalang akan menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga.

Tip ketiga ialah menutup suis utama penyaman udara dan mesin basuh baju apabila tidak digunakan. Anda juga disarankan untuk mencabut palam apabila tidak digunakan.

Dengan mengikuti tip-tip ini, tidak hanya anda menjimatkan tenaga elektrik, malah mengurangkan risiko kerosakan peralatan elektrik.

BACA: Rakyat Malaysia masuk Singapura kini tak perlu passport, hanya ‘scan QR’