Tak sampai seminggu kahwin, wanita tiba-tiba batalkan majlis, rumah sewa jadi punca

Oleh NADIA HARON

Sakit kerana putus cinta sudah cukup untuk membuat seseorang mengalami kemurungan, apatah lagi terpaksa membatalkan perkahwinan pada saat-saat akhir kerana pasangan curang.

“Bekas tunang saya kantoi curang. Tidur dengan perempuan lain.

Faham tak perasaan tiba-tiba kakak bekas tunang saya telefon beritahu yang dia kena tangkap basah dekat rumah.

“Rumah yang kami berdua rancang nak duduk selepas nikah,” kongsinya.

Lebih menyakitkan hati, kawan baik wanita ini sebenarnya dah tahu perangai sebenar bekas tunang sahabatnya tetapi merahsiakannya.

Tak sampai seminggu kahwin, wanita tiba-tiba batalkan majlis, rumah sewa jadi punca

“Bila saya beritahu sahabat baik saya, respon dia ‘Oh dia memang dari tahun lepas macam tu’. Apa yang awak maksudkan dari tahun lepas?

“Rupanya sahabat baik saya pernah nampak bekas tunang saya jalan berpelukan dengan perempuan lain dan dia tak pernah beritahu saya.

“Dia tidak pernah beritahu saya kerana dia fikir itu bukan urusannya. Saya tahu saya tidak sepatutnya mengharapkan apa-apa daripada seorang kawan tetapi…

“Saya dah habiskan duit buat majlis semua ini. Saya dah ikat perut untuk majlis bodoh ini bila hakikatnya saya boleh elakkan dari awal,” luahnya.

Kesakitan yang dirasakan tidak terbanding apabila diperlakukan sedemikian rupa oleh sahabat baik sendiri.

“Saya rasa macam ditikam belakang dua kali. Oleh dia dan oleh kawan saya.

“Lelaki tu memang saya dah tak peduli. Malas nak fikir. Tapi sahabat baik saya sendiri babe. Saya tak mahu bercakap dengan dia lagi.

“Tapi saya tak tahu kalau ini perasaan impulsif saya atau benda ini valid. Kalau awak kawan saya, adakah awak akan beritahu saya?

“Boleh tak kalau saya expect kawan saya wajib beritahu kalau lelaki saya (berperangai) syaitan?” luahnya lagi dalam satu hantaran di laman X.

Perkongsian wanita tersebut mengundang pelbagai reaksi dengan sebahagian netizen berpandangan sahabatnya mungkin tidak mahu dijadikan punca kepada perkara yang lebih buruk.

“Ada sesetengah kes, bila sahabat baik beritahu, dikatanya jealous. Ada pula fitnah sahabat baik ini kata nak dekat teman lelaki dia. Sebab bila tengah fasa bulan madu ini, orang beritahu yang betul pun tak percaya. Serba salah jadinya.

“Dulu aku pun pernah jujur dengan kawan sendiri yang teman lelaki dia tu problem. Akhirnya aku yang dipersalahkan dan mereka elok je kembali bersama. Sejak hari itu, malas dah nak masuk campur,” komen netizen.

BACA: “Bekas madu tiba-tiba mesej mengadu suami macam ini macam itu. Aku yang jadi mangsa sedangkan mereka sendiri yang cari penyakit”