‘Peruntukan pendidikan tidak telus’, Menteri Pendidikan kena bambu buat netizen puas hati

Oleh ISMAIL YAHYA

“Saya minta badan pencegah rasuah siasat kementerian, kita lihat siapa yang bobrok”

Video yang memaparkan Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Anita Jacoba Gah memarahi Menteri Pendidikan,

Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim, telah menjadi tular di media sosial, menarik perhatian ramai warganet.

Reaksi mereka kebanyakannya menunjukkan sokongan terhadap tindakan tegas ahli politik wanita tersebut.

Kejadian berlaku pada Rabu yang lalu di Gedung Nusantara I DPR Republik Indonesia, Senayan, Jakarta.

'Peruntukan pendidikan tidak telus', Menteri Pendidikan kena bambu buat netizen puas hati

Dalam video itu, Anita terlihat mempersoalkan penggunaan bajet kementerian yang besar, sebanyak 15 triliun rupiah (RM4.41 bilion), yang disifatkannya sebagai tidak telus.

Anita dengan nada marah menyuarakan kebimbangan beliau mengenai pengagihan peruntukan tersebut, yang dipertikaikan sama ada telah sampai ke peringkat daerah atau tidak.

Dia menegaskan kekecewaannya terhadap keadaan bangunan sekolah yang terbengkalai, walaupun telah diberi peruntukan sejak tahun 2021.

Reaksi menteri, Nadiem, hanya terbatas kepada senyuman dan keheningan.

Responsnya yang pasif ini mendapat komen sinis dari warganet, yang menafsirkannya sebagai ketidakberanian atau kekangan menteri.

Ini memperlihatkan bahawa masyarakat memperhatikan dengan tajam bahasa tubuh dan respons pemimpin, dan memberikan reaksi yang berbeza terhadap setiap interaksi di pentas politik.

BACA: “Dulu suami baik je dengan aku tapi bila ada campur tangan mertua dia berubah, satu hari suami balik dengan muka bengis, terus ceraikan aku”