Tradisi membawa cenderahati atau buah tangan semasa bertemu dengan ibu bapa atau keluarga pasangan memang sudah menjadi amalan yang lumrah.
Selain sebagai tanda penghargaan, ia juga mencerminkan adab dan budi pekerti seseorang.
Namun begitu, bagi Nurul, wanita yang dijemput bertemu dengan ibu kepada lelaki yang dipercayai sebagai kekasih hatinya,
niatnya untuk memberikan hadiah tersebut tidak kesampaian apabila mengetahui bahawa lelaki tersebut bakal berkahwin dengan wanita lain tidak lama lagi.
Dalam sebuah nota, Nurul menerangkan bahawa dia memilih untuk memberikan hadiah tudung dan brooch sebagai sedekah sebagai tanda penghormatan
terhadap keputusan yang dibuat oleh semua pihak. Walaupun perasaannya penuh dengan kesedihan dan kekecewaan, dia tidak lagi mampu menyimpan hadiah tersebut.
Dia mengucapkan doa kepada sesiapa yang menjumpai kotak tersebut, berharap agar mereka diberikan kekuatan dan dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik. Nurul juga berharap agar urusan perkahwinan lelaki tersebut berjalan dengan lancar.
Nurul juga menerangkan bahawa dia pernah cuba untuk memberikan hadiah tersebut kepada orang lain, tetapi tiada yang mahu menerimanya. Hadiah tersebut ditinggalkannya di Masjid Sendayan, Negeri Sembilan, tempat yang mempunyai kenangan indah baginya dengan lelaki tersebut.
Kisah sedih Nurul telah menjadi viral di TikTok selepas dimuat naik oleh pemilik akaun Mira Munirah.
Suaminya, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di masjid tersebut, menjumpai kotak berisi hadiah tersebut bersama surat yang ditulis oleh Nurul.
Mira Munirah berharap untuk mencari pemilik tudung tersebut dan berdoa agar dia mendapat pengganti yang lebih baik.
BACA: “Suami bagitahu nak kahwin lagi, sebelum dia kahwin saya buat macam ni dulu