Sebagai seorang anak, kita mendambakan kasih sayang daripada orang tua kita. Ini kerana orang tua itulah “safe place” kita.
Tapi, tidak semua yang bertuah memiliki orang tua yang benar-benar menyayangi dan menghargai anak mereka.
Sekiranya kita mengadu kepada ahli keluarga terdekat atau pun orang sekeliling, kebiasaannya disuruh bersabar dengan kerenah orang tua / kena hormat orang tua kerana nanti tidak bau syurga.
Tapi, bagaimana pula dengan orang tua yang mendera anak-anak mereka?
Aku Helen, 30-an, penjawat awam. Abah aku pesara (bekas pengurus bank) manakala ibu aku pula suri rumah. Kami 4 beradik, aku anak kedua dan satu-satunya perempuan.
Dari kecil lagi, ibu memang arah aku seorang sahaja untuk buat kerja-kerja rumah seperti menyapu, buang sampah, cuci kasut adik-adik, gosok baju etc etc. Manakala adik-beradik lelaki hanya bermain game atau cuma berehat-rehat di bilik.
Semasa aku berusia 7thn, aku pernah lari dari rumah kerana dimarah teruk oleh ibu (aku kurang pasti sebab utama dimarah tapi ada kaitan dengan bersihkan rumah).
Apabila di usia remaja (antara 13-18thn), di sinilah bermulanya episod physical & verbal abuses.
Ibuku pernah menarik rambutku dan menghantuk kepalaku di dinding. Diriku seolah-olah tempatnya melepas geram.
Hampir setiap hari semasa dalam perjalanan menghantar aku ke sekolah pun, mulutnya tidak akan berhenti memarahi aku. Untuk pengetahuan, aku bukanlah anak yang bermasalah/liar. Aku memang duduk dirumah sahaja dan buat apa sahaja yang ibuku arahkan.
Ada sekali aku mengadu kepada abah aku perihal aku sentiasa dimarah tanpa sebab yang munasabah dan dipukul ketika abahku bekerja, tapi tiada apa-apa perubahan. Malah, ibuku mengugut aku sekiranya aku mengadu kepada abahku lagi.
Memang aku tertekan waktu ini tapi tiada apa yang mampu aku buat melainkan mendiamkan diri sahaja. Adik-beradik lelaki tidak dimarah jauh sekali dipukul. Ibuku juga sering mengejek aku dgn menggelar “ustazah” gara-gara aku bertudung manakala dia tidak.
Rambutku yang ikal pun sering menjadi bahan ejekan ibu dan abangku. Mereka selalu mengata rambutku menyerupai hantu atau mereka memanggilku dengan nama-nama artis negro yang berambut afro.
Fast forward ke alam pekerjaan.. Dalam adik-beradik, hanya aku seorang sahaja yang mempunyai segulung ijazah. Yang lain? Tiada. Jadi, sudah boleh bayangkan apa masalah yang aku bakal hadapi kan?
Semasa permulaan kerja, ibuku meminta aku membayar RM2000 setiap bulan kepadanya dan bayar segala bil-bil dirumah memandangkan aku memandu kereta abah dan tinggal di rumah keluarga.
Ketika ini, aku bekerja di daerah kelahiranku manakala keluargku tinggal di daerah lain (atas tuntutan kerja abah aku). Ada suatu ketika, aku mengadu pada ibu yang aku penat sangat kerja
Ibu aku balas ‘Dah kau yang mau kerja macam tu kan. Pandai-pandailah kau’ dan menukar topik perbualan. Apabila mahu membeli kereta, aku sedikit pun tidak diberi peluang untuk memilih.
Tiba-tiba suatu hari ibuku memberitahu dia sudah pun menempah kereta X dan menyuruh aku menanda tangan segala dokumen di bank. Ya, aku pergi ke bank dan signed segala dokumen.
Setelah berpindah ke daerah yang berdekatan dengan mereka dan memiliki kereta sendiri, ibuku pula meminta RM1000 setiap bulan. Ya, aku beri.Ada sekali dua bila aku tidak dapat bagi, ibu akan memarahi aku tanpa bertanya apa pun masalah aku.
Kemuncaknya, aku ditampar oleh ibu dan abah jadi penonton sahaja Sejak dari situ aku nekad untuk berpindah ke daerah yang jauh daripada mereka.
Ketika itu mereka tidak pernah sekalipun menelefon untuk bertanya khabar (hanya akan menghubungi aku bila aku tidak mengirim duit sahaja).
Dan kini, wang KWSP abahku hampir habis dan aku pula disuruh membuat pinjaman peribadi sebanyak ratus ribu. Semestinya aku menolak. Bagi aku, orang tua patut bijak mengurus kewangan dan tidak sepatutnya membebankan anak-anak dengan pinjaman peribadi.
Buat masa ini, aku block call & whatsapp daripada ibu bapa aku. Ini kerana aku sudah tidak tahan dengan perangai mereka.
Sekiranya dilabel anak derhaka, aku tidak kisah kerana orang tidak faham dan tidak rasa apa yang aku rasa.
Bukan aku tidak mahu berbakti atau menjaga mereka, tapi tengoklah bagaimana aku dilayan selama ini…
BACA: Rupanya tak boleh letak terus sabun dalam mesin basuh ketika cuci pakaian, ini sebabnya