Suami minta isteri botakkan kepala masa malam pertama “Dah macam gay je”

Oleh ISMAIL YAHYA

Pelik tapi benar! Itu lah kata-kata yang sesuai menggambarkan situasi seorang lelaki yang memilik fetish terhadap rambut.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, wanita tersebut akui hanya mengetahui keinginan pelik suaminya selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Bukan pendek paras bahu atau telinga, pendek macam lelaki. Aku sebelum kahwin tidak bertudung tetapi selepas kahwin dan tragedi ni, aku terus bertudung.

Malam pertama kitorang, dia cakap terus terang. Saya nak awak potong semua rambut awak, jadi saya bagi awak sebulan untuk ready.

Dalam pada itu, wanita tersebut memberitahu walaupun dia tidak selesa dengan penampilannya namun terpaksa reda dengan permintaan si suami.

Suami minta isteri botakkan kepala masa malam pertama “Dah macam gay je”

Aku tak cantik dan bukan nampak macam perempuan. Jadi rambut ni lah aset aku untuk nampak macam perempuan. Dari hari itu aku terus bertudung. Sejak daripada itu, kehidupan kami bahagia, elok dan cantik tanpa pertengkaran.

Bila rambut aku dah boleh ikat, dia mula buat perangai. Cepat nak melenting, merajuk bagai. Bila aku tanya kenapa, sebab rambut aku panjang.

Jadi, aku pergi lah potong rambut dekat salon tapi tak ikut skema dia, dia masih mengamuk. Kesudahannya aku dibotakkan hampir keseluruhan kepala.

Namun siapa sangka, sikap lelaki itu mula berubah malah kelihatan lebih bahagia selepas melihat penampilan baru isterinya itu.

Dia nampak bahagia. Aku menangis tengok muka aku dah macam askar tak jadi.

Aku tak sudi diperlakukan macam ni. Rasa gay bila tidur malam-malam. Rasa aku bukan lagi wanita. Buka muka je tak macam perempuan, badan pun papan sekeping.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menasihati wanita ini agar meluahkan isi hatinya selain berbincang dengan suaminya mengenai perkara tersebut.

BACA: “Ustaz kerap panggil anak masuk bilik setiap malam setiap hari! Anak beritahu aku, ustaz suruh dia pegang alat sulit ustaz sampai..”