Beruntungnya mana-mana wanita jika si suami sedaya-upaya berusaha untuk menunaikan keinginan mereka biarpun ada yang agak sukar untuk dipenuhi.
Sebenarnya, melayan keinginan isteri lebih-lebih lagi yang sedang hamil bukanlah setakat tanggungjawab seorang suami,
tetapi sebagai menghargai si isteri yang banyak berkorban demi melahirkan zuriat ke dunia.
Namun tidak bagi wanita ini yang mengakui ‘makan hati’ dengan suami yang sering bersikap tidak acuh apabila enggan melayan keinginannya sehingga dirinya tertekan.
“Saya mengandung, dah lima bulan. Setiap kali mengidam, saya akan beli sendiri sebab saya bagitahu husband pun, bukan jadi apa.
“Ada satu masa saya suruh dia belikan nasi goreng tomyam dekat area tempat kerja dia, tapi dia hujung-hujung tak beli pun sebab malas nak singgah. Saya terasa hati masa tu jadi saya dah malas nak harap dia.
“Parents saya telefon beberapa minggu lalu, nak bertanya khabar atau mungkin instinct ibu bapa.
“Mungkin hormones kot, saya menangis dekat diaorang. Saya bagitahu yang husband tak pernah layan ngidam saya. Dah la malam-malam masih lepak billiard dengan kawan-kawan. Balik sampai pukul 4-5 pagi,” luahnya.
Bukan tidak pernah berterus-terang dan meluahkan apa yang dirasai kepada suaminya, namun ujar wanita itu, perkara yang sama tetap akan berulang.
Justeru kata wanita ini, dia lebih selesa menghubungi ibu bapa sendiri sekiranya mempunyai keinginan tertentu kerana tahu orang tuanya pasti akan memenuhi permintaannya.
Bini mengandung masih lagi lepak sampai 5 pagi. Dalam masa ke 5 pagi tu, kalau orang pecah masuk rumah, kalau bini tetiba jatuh macam mana?
“Bila saya seorang malam-malam, my parents akan video call sampai saya tertidur. Dah macam sleep call pula kan.
“Tapi baru-baru ni, saya dapat tahu yang abah jumpa husband saya suruh dia ‘lepaskan’ saya. Husband saya marah sebab dia kata saya libatkan parents dalam marriage.
“Abah mesej saya semalam. Panjang and saya rasa nak menangis baca. Salah satu ayat abah ialah Abah dan ibu dah jaga kakak dengan baik dan abah tak kisah seberapa lama pun kena jaga kakak,” luahnya.
Wanita tersebut mengakui dia kini dalam dilema dan berbelah bahagi untuk memilih antara terus bertahan dalam perkahwinannya, atau kembali ke pangkuan ibu bapa.
Luahan wanita berkenaan di laman X meraih lebih 3,300 ulang kicau selain dibanjiri dengan komen netizen yang simpati dengan situasi yang dialaminya.
Kebanyakan netizen menyarankan wanita berkenaan agar memikirkan kebahagiaan sendiri malah mereka menyifatkan dirinya beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan mengambil berat.
“Isteri mengandung, laki lepak billiard, memang wajar mak pak suruh cerai. Mereka dah boleh nampak apa akan jadi kemudian.
“Istikharah sis, dan berbincang dengan suami kali terakhir… bagi dia pilihan yang ada.
“Inilah satu nightmare untuk ibu bapa yang ada anak perempuan. Selama dalam jagaan parents dilayan macam tuan puteri. Dapat laki macam ni, ya Allah. Luluh hati.
“Bini mengandung masih lagi lepak sampai 5 pagi. Dalam masa ke 5 pagi tu, kalau orang pecah masuk rumah, kalau bini tetiba jatuh macam mana?” demikian antara komen netizen.