Ramai tak sedar kesan sampingan bila selalu guna minyak angin, ibu mengandung lagi bahaya!

Oleh ISMAIL YAHYA

Mengalami ketidakselesaan perut adalah perkara lazim yang sering dialami oleh wanita hamil.Biasanya, ketidakselesaan ini termasuk sembelit, perut kembung, dan perut meragam.

Untuk meredakan ketidakselesaan ini, ramai ibu hamil memilih untuk menggunakan minyak angin.

Namun, sejauh mana kesan penggunaan minyak angin ini terhadap kesihatan mereka dan bayi dalam kandungan?

Menurut Dr Zubaidi Ahmad, seorang pengamal perubatan am, ubat-ubat yang dijual di farmasi tanpa preskripsi untuk meredakan ketidakselesaan perut,

sama ada dalam bentuk krim atau salep, pada umumnya tidak menunjukkan kesan sampingan terhadap bayi dalam kandungan.

Ramai tak sedar kesan sampingan bila selalu guna minyak angin, ibu mengandung lagi bahaya!

“Bahan aktif dalam minyak angin adalah mentol. Kekuatan ubat bergantung pada peratusan mentol yang digunakan.

“Mentol ini tidak diserap dengan banyak melalui kulit ke dalam saluran darah kerana sebahagian besarnya menguap sebelum diserap,” katanya.

Baginya, tidak ada bukti yang mengumpul data yang mencukupi dari penggunaan mentol pada kulit oleh wanita hamil yang menunjukkan kesan sampingan.

Namun, mentol yang terdapat dalam minyak angin atau krim angin tidak dianggap selamat oleh FDA, badan pengawal keselamatan ubat-ubatan di Amerika Syarikat.

“Minyak angin bukanlah sesuatu yang dikategorikan sebagai ubat yang disahkan selamat atau berbahaya untuk digunakan oleh wanita hamil atau menyusukan anak,” jelasnya.

Dr Zubaidi menasihati wanita hamil untuk mendapatkan pandangan dan nasihat doktor mereka sebelum menggunakan produk-produk seperti minyak angin.

Bagi wanita hamil yang ingin merawat diri tanpa perlu mengambil ubat, terdapat cara-cara lain yang boleh dipraktikkan seperti yang dikongsikan di portal Hellodoktor.

1) Makan dengan kerap

Perut kosong boleh memburukkan lagi rasa loya. Jadi makan hidangan bersaiz kecil atau snek yang mudah diambil seperti segenggam kacang atau biskut setiap satu hingga dua jam.

2) Pilih protein

Ia menawarkan kelegaan lebih lama daripada rasa loya berbanding makanan tinggi karbohidrat atau lemak. Pilihan terbaik adalah seperti yogurt, keju kotej, susu, kacang dan bijian.

3) Makanan masam

Hisap hirisan buah sitrus seperti lemon, oren atau limau. Gula-gula berperisa lemon juga boleh membantu.

4) Minyak aroma

Aroma minyak pati seperti pudina atau lemon boleh membantu meredakan gejala loya dengan cepat.

Bertungku atau tuam juga sinonim untuk menghilangkan masalah angin dalam perut. -Gambar hiasan

5) Elakkan berbaring selepas makan

Tabiat itu harus dielakkan kerana ia menghalang penghadaman dan membuatkan anda mual.

6) Pengambilan air mencukupi penting

Kekal terhidrat semasa mengandung boleh membantu meredakan loya dan juga mengatasi sembelit kerana membantu melembutkan najis.

7) Tuam air panas

Kaedah menuam berkesan membantu mengendurkan otot yang tegang dan melegakan simptom sakit perut.

BACA: “Sebelum ni aku pernah intai, memang tak dapat tapi hari tu aku tak intai pon dengan kuasa Allah rahsia suami terbongkar rupanya main belakang”