Isteri kantoi terlanjur dengan lelaki lain, suami nekad lafaz cerai depan anak

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Tak dinafikan, setiap pasangan yang sudah berumah tangga pastinya mempunyai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi dalam melayari bahtera perkahwina

Bak kata orang, itu sudah menjadi asam garam kehidupan sebagai suami isteri.‘Lagi sekali awak tidur dengan dia, jatuh talak 3’

Baru-baru ini, seorang peguam syariah yang dikenali dengan nama Nur Fatihah Azzahra ada berkongsi satu kes yang dikendalinya berhubung masalah rumah tangga yang dilalui satu pasangan suami isteri ini.

‘Lagi sekali awak tidur dengan dia, jatuh talak 3’, itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh seorang suami pada hujung Disember 2021 selepas mendapati isterinya berlaku curang dan terlanjur dengan lelaki lain.

Isteri diketahui menjalinkan hubungan sulit dengan seorang Penjawat Awam sejak awal tahun 2021.

Isteri kantoi terlanjur dengan lelaki lain, suami nekad lafaz cerai depan anak

Rentetan PKP, semua rahsia terbongkar dari teks mesej sampailah gambar dan video.

Apabila ditanya sejauh mana serius hubungan dengan lelaki berstatus bujang tersebut, isteri tenang menjawab, ‘Sudah dua kali terlanjur sebelum ni.’

‘Saya dan dia sudah terlanjur 1/1/2022’

Isteri kantoi terlanjur dengan lelaki lain, suami nekad lafaz cerai depan anak

Wanita terbabit memaklumkan dia nekad bertindak sedemikian kerana dia mendakwa si suami terlalu sibuk dan tidak mempunyai banyak masa dan tidak faham dengan keadaan dirinya.

Berikutan daripada itu, si suami memberi pilihan kepada isterinya sama ada mahu berpisah atau memperbaiki kelemahan masing-masing dan pada ketika itu, wanita terbabit berjanji mahu berubah demi anak-anaknya yang kesemuanya berusia bawah 11 tahun.

Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila si isteri sekali lagi kantoi ‘bermain kayu tiga’ dengan lelaki yang sama.

Hujung Disember, 2021 punca suami lakukan lafaz takliq adalah kerana suami tangkap isteri keluar dengan lelaki tersebut di PD. Bersaksikan anak-anak, dan lelaki tersebut sendiri. Isteri tunduk faham, sepatah sahaja menjawab mendengar takliq yang dibuat. “Ok.”

Semalam, 02/1/2022, Isteri hantar teks mesej melalui WhatsApp “Abang, saya minta maaf. Saya bukan isteri awak lagi. Saya dan dia sudah terlanjur 1/1/2022 haritu. Kita uruskanlah apa yang patut.”

Sanggup bertahan demi anak-anak

Isteri kantoi terlanjur dengan lelaki lain, suami nekad lafaz cerai depan anak

Menurut si suami, sejak pertama kali mengetahui isterinya berlaku curang dan terlanjur dengan lelaki lain, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Meskipun begitu, dia sanggup bertahan dengan perhubungan tersebut kerana dia tidak mahu anak-anaknya kehilangan kasih seorang ibu.

Tetapi wanita itu masih melakukan perkara yang sama sehingga membuatkan si suami nekad melafazkan takliq.

Saya dah takda perasaan kecewa atau sedih sebenarnya..sebab since first time dia bagitau dia dah terlanjur, saya tahu dia akan buat lagi. I’m well prepared. Saya tak nak anak-anak hilang ibu sahaja selama ni sebab tu saya stay.

Menurut peguam Nur Fatihah Azzahra, kes-kes melibatkan takliq ataupun lafaz talak di luar Mahkamah perlu menjalani suatu pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah.

Tetapi bagi kes ini, apabila isteri mengaku sudah berzina dengan lelaki lain menyebabkan talak jatuh, ia perlu menjalani siasatan penuh di hadapan Qodhie untuk direkodkan keesahan jatuhnya talak tersebut ataupun sebaliknya.

BACA: Suami main lalai snoker sampai lupa waktu, isteri mengidam tak dilayan, ini tindakan pak mentua buat semua terdiam