Bateri punca jam baharu tak tahan lama, ini sebabnya

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Apabila anda membeli jam, biasanya ia berfungsi dengan baik dan menunjukkan masa dengan tepat.

Tetapi, ada masa di mana jam itu tiba-tiba berhenti bergerak atau bergerak terlalu cepat atau perlahan dari biasanya.

Kebanyakan orang mungkin fikir bahawa masalah itu disebabkan oleh bateri yang sudah lemah,

Dan mereka akan segera menukar bateri baru untuk jam tersebut.

Namun, adakah anda pernah memeriksa label bateri sebelum menukar?

Bateri punca jam baharu tak tahan lama, ini sebabnya

Tahukah anda bahawa pilihan bateri yang tidak betul boleh menyebabkan masalah kepada jam anda? Mohd Khairul telah berkongsi maklumat ini di TikTok.

Dalam video yang dikongsi, Mohd Khairul berbual dengan seorang pakar membaiki jam mengenai tiga jenis bateri yang berbeza, yang dikenali melalui label pada bateri tersebut.

Pertama, terdapat bateri alkaline yang sesuai untuk peranti seperti remote dan kamera. Bateri ini mahal tetapi kuat.

Kedua, bateri super heavy duty yang lebih sesuai untuk peranti elektrik seperti radio, mainan, dan lampu suluh.

Ketiga, bateri heavy duty yang disyorkan untuk jam dinding. Penggunaan bateri yang sesuai ini dapat mengurangkan risiko rosaknya jam anda.

Menurut penjelasan dalam video tersebut, penggunaan bateri yang tidak sesuai boleh menyebabkan jam berfungsi tidak stabil, atau menghabiskan bateri dengan cepat.

Oleh itu, pastikan anda memilih bateri yang betul untuk setiap peranti yang anda miliki, termasuk jam dinding anda.

BACA: “Aku hairan betul dengan pak mertua, dia suka sangat peluk dan cium aku, lagi mencurigakan dia tak buat dengan menantu lain”