“Sejak suami berpindah, aku memang rasa betul-betul bebas, rasa tenang happy je, macam zaman bujang, inilah kehidupan yang aku impikan dulu”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Saya nak cerita tentang perkahwinan saya yang baru berusia 1 tahun 6 bulan, lebih kurang (sehingga hari ini). Saya kerja pejabat dan seorang part time baker.

Saya sangat mementingkan kerja saya dan ini juga antara sebab kenapa saya lewat berkahwin berbanding rakan – rakan yang lain.

Saya ambil masa yang agak lama sebelum akhirnya mengambil keputvsan untuk berkahwin.

Saya rasa lebih bebas sendiri tanpa komitmen. Suami saya seorang guru. Kami berdua orang Johor dan memang tinggal di Johor.

Kami berdua sama umur, 28 tahun. Dalam 5 bulan lepas, suami saya telah dipindahkan ke sebuah sekolah di Terengganu dan ketika inilah konfIik antara saya dan suami bermula.

"Sejak suami berpindah, aku memang rasa betul-betul bebas, rasa tenang happy je, macam zaman bujang, inilah kehidupan yang aku impikan dulu"

Saya menolak untuk ikut dia berpindah sebab saya dah ada kerja di sini (Johor).

Lagipun saya dah ada cr0wd customer sendiri memandangkan saya baker. Kiranya dah selesa di sini. Saya memang tak pernah berniat untuk berpindah sementelah Ibu saya pun di sini. Suami saya memang ajak saya ikut dia, tapi saya dah buat keputvsan untuk tak mengikut dia.

Walaupun saya tau tempat saya di sisi dia. Saya tak berapa puas hati kenapa dia tiba – tiba seperti tak faham betapa pentingnya kerja – kerja dan bisnes saya bagi saya. Sedangkan perkara tu saya dah tegaskan sebelum kami berkahwin.

Malah saya dah bagitahu dekat dia yang saya akan ke Terengganu semasa cuti atau hari hujung minggu dan suami pun boleh je datang ke johor kalau cuti sekolah. Suami tak mem4ksa saya berterusan, tapi ajak saya dengan cara baik.

Suami saya seorang yang lemah lebut bila bercakap, rati0nal and dipl0m4tic bila berbincang tentang sesuatu perkara. Jadi akhirnya suami berpindah ke Terengganu seorang diri. Dia sewa rumah semi-D atas keselesaan.

Dan selepas hampir sebulan berpindah, saya pergi ke Terengganu untuk pertama kalinya berjumpa dia. Dan dalam hampir sebulan tu memang saya tak ada pun ke Terenggganu setiap weekend seperti yang saya katakan pada dia sebab saya betul – betul sibuk.

Malah suami pun sibuk dengan pelbagai urusan di sekolah baru. Bila saya sampai sana, suami saya langsung tak memberi saya layanan yang baik, rasa macam tak diraikan. Dia cuma tanya sama ada flight ok ke, dan terus tunjuk bilik kami.

Saya salam dia pun dia tak pandang saya. Masa tu saya dah rasa like, okayyy it’s gonna be such a loonggg day. Sepanjang 3 hari saya kat sana, macam tu lah kami. Dia cuma bercakap bila saya tanya, itupun dengan jawapan yang sark4stik dan semuanya untuk kenakan saya balik.

Contohnya, saya ada tanya dia, sejak bila suka lepak dekat mamak. Dia jawab, ‘sejak saya jadi bujang semula dan tak ada isteri dekat rumah’. Saya terus diam dan senyum je bila dia cakap macam tu. Saya banyak push dia untuk discuss, supaya dia jangan marah lagi.

Saya betul – betul tak sangka dia akan marah saya sampai langsung tak nak cakap dengan saya, pandang saya pun dia tak nak. Masa kami keluar beli barang dia senyap je sepanjang perjalanan. Silent treatment is the w0rse.

Sebab suami saya memang bukan jenis yang marah – marah atau panas baran. Dia jenis relax, chill dan macam yang saya cakap sebelum ni, dia seorang yang rasi0nal. Dia tak pernah marah saya, bermasam muka apatah lagi, jauh sekali.

Jadi bila dia marah macam tu, saya fahamlah yang dia betul – betul terasa hati dan marah. Betul – betul marah. Perkara ni berlarutan sampailah saya balik ke rumah semula dan saya rasa ini adalah punca utama konfIik yang berlaku.

Lama – kelamaan saya sendiri putvs asa dengan keadaan kami. Beberapa minggu selepas tu jadi sem4kin teruk. Sebenarnya selepas beberapa hari balik rumah, saya dapat tahu yang saya megandung. Tapi saya diam dan tak beritahu suami saya sebab keadaan yang agak tegang antara kami.

Jadi lepas lebih kurang 2 minggu selepas balik dari Terengganu tu, saya keguguran. Korang bayangkan dalam keadaan kami yang sangat tak baik, saya mengandung. Belum sempat nak beritahu suami dah keguguran pula.

Keadaan masa tu sangat keterlaluan untuk saya terima. Dalam tempoh ini suami memang tak ada balik Johor, saya tak ada ke Terengganu lagi dan kami berhubung ala kadar saja seperti yang saya ceritakan di atas.

Masa saya keguguran tu saya jadi sangat terganggu. Saya muhasabah diri dan kehidupan saya. Sebab baru beberapa minggu jadi saya tak berp4ntang sangat, memang kesihatan saya memuaskan. Cuma em0si je agak bercelaru.

Saya tak beritahu pun suami yang saya gugur. Saya cuma beritahu ibu mertua saja. Ibu mertua pun tak tahu apa masalah kami. Ibu saya tau tapi saya sembunyikan banyak benda. Saya tak nak semua serabut sebab ni.

Ibu dan Abang saya marah sangat sebab saya diamkan perkara ni dari suami saya. Mereka tak faham situasi kami. Saya sendiri pun tak pasti hala tuju kami waktu tu. Macam semuanya jadi sem4kin teruk. Rupanya ibu mertua saya beritahu pada suami saya yang saya mengandung dan keguguran.

Suami saya terus balik Johor untuk jumpa saya. Saya tak ada apa – apa expectation. Saya jujurnya tak ada rasa nak jumpa dia. Entahlah kenapa hati rasa jauh sangat dan betul – betul tawar hati. Mungkin sebab semuanya bergabung dan berlaku dalam masa yang sama membuatkan saya rasa rimas, Iemas dengan perasaan. Asyik perlu fikir pasal dia je.

Fikir tentang perkahwinan kami. Masa suami jumpa saya, air muka dia sangat risau. Dia tanya saya, ‘kenapa awak, apa ni? kenapa? Apa lagi awak nak buat ni? How far do u want us to be? Awak nak apa sekarang?’

Dan mulut saya dengan lajunya jawab, ‘awak lepaskan saya.’ Suami saya macam tersent4k. Saya nampak air mata dia bergenang, saya pun sama. Saya sedih tapi dalam masa yang sama rasa lega dah cakap apa saya nak cakap.

Suami saya tenung muka saya dan tanya saya kenapa. Saya cuma rasa kami dah tak boleh. Saya dah tak rasa nak jadi seorang wife lagi. Entahlah, saya sayang suami saya, sebelum ni adalah segalanya bagi saya tapi sekarang saya pun tak tahu.

Sebenarnya sejak kami duduk berjauhan, maksud saya sejak suami berpindah, saya memang rasa betul – betul bebas. Rasa tenang, bebas, happy. Perasaan saya masa bujang dulu. Saya rasa ini adalah saya. Ini adalah kehidupan yang saya impikan dulu.

Dulu saya mmg yakin dan nekad tak nak berkahwin, sesuatu yang saya rasa bukan untuk saya. Tapi lepas jumpa suami, hati saya berubah. Benda ni bermula dengan konfIik yang boleh diselesaikan je sebenarnya. Tapi entah, mungkin dah memang jalannya begitu.

Dan hikmahnya keguguran, mungkin belum masanya lagi saya ada anak. Atau mungkin saya memang tak sesuai menjadi seorang ibu. Mungkin saya ditakdirkan untuk tak punyai anak.. Entahlah. Jadi sekarang prosiding cerai kami sedang berjalan.

Saya cakap dengan suami saya yang saya minta maaf. Saya doakan dia bertemu seseorang yang sentiasa sedia berada dengan dia tak kira masa dan keadaan. Saya bukan untuknya. Suami saya baik, tutur katanya baik, berfikiran positif, selalu bersangka baik dan rajin.

Bertuah j0doh dia selepas ini. Saya cuma nak tekankan kat sini. Bila – bila anda jumpa sesiapa yang bujang tak perlulah pelik sangat kenapa dia tak berkahwin. Ada sesetengah orang memang tak berniat nak kahwin, tak berminat nak kahwin, tak rasa nak ada komitmen dan kongsi segalanya dengan orang lain.

Sesetengah orang memang memilih untuk hidup sendiri. Perkara ini jadi satu pengajaran yang berharga untuk saya, memang betullah saya tak sesuai berada dalam sebuah perkahwinan. Tanya pada diri sendiri bila you rasa dah jumpa seseorang, betul ke you sanggup nak susah senang bersama seumur hidup you.

Itu satu benda yang saya tak betul – betul pastikan. Sebab mungkin sebenarnya you tak ready dan tak mampu. Maaf saya guna bahasa rojak. Ini adalah cara yang saya paling selesa untuk luahkan perasaan dan berkongsi kisah saya. Terima kasih. – Cik Semula

BACA: “Satu malam yang disangka indah, habis tergadai semua, waktu dicekup Polis dalam kereta, tudungnya melayang entah kemana, tangan si lelaki pula bak lipan”