Anwar umum hasrat bawa Malaysia sertai BRICS, tapi BRICS itu apa?

Oleh NADIA HARON

Malaysia bakal memulakan prosedur rasmi untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS

(Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan) tidak lama lagi, mengikut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar mengesahkan keputusan ini dalam temu bual bersama Guancha, syarikat penerbitan berpangkalan di Shanghai, China, dilaporkan oleh Berita Harian.

Katanya, “Kami telah membuat keputusan yang sesuai. Kami akan memulakan proses rasmi tidak lama lagi. Sekarang kami sedang menunggu keputusan akhir dan maklum balas dari kerajaan Afrika Selatan.”

Anwar turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah berbincang tentang pengembangan BRICS dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Anwar umum hasrat bawa Malaysia sertai BRICS, tapi BRICS itu apa?

BRICS, yang ditubuhkan pada tahun 2006, melihat penambahan anggota sejak itu. Pada tahun 2011, Afrika Selatan menyertai kumpulan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, dan China.

Pada Ogos 2023, enam ahli baru telah dijemput untuk menyertai BRICS, termasuk Argentina. Namun, Buenos Aires telah menarik diri pada akhir Disember tahun lalu.

Lima anggota baru, iaitu Mesir, Iran, UAE, Arab Saudi, dan Ethiopia, secara rasmi menyertai kumpulan ini pada 1 Januari 2024.

BRICS adalah singkatan bagi Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan, digagas oleh Goldman Sachs dan Jim O’Neill pada tahun 2001. Tujuannya adalah untuk memajukan kerjasama ekonomi antara negara-negara anggota serta meningkatkan kedudukan ekonomi dan politik mereka di peringkat global.

Dengan Malaysia menyertai BRICS, diharapkan kerjasama ekonomi dan politiknya akan diperkukuhkan, memberi peluang baharu bagi negara ini dalam arena antarabangsa.Malaysia bakal memulakan prosedur rasmi untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan) tidak lama lagi, mengikut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar mengesahkan keputusan ini dalam temu bual bersama Guancha, syarikat penerbitan berpangkalan di Shanghai, China, dilaporkan oleh Berita Harian. Katanya, “Kami telah membuat keputusan yang sesuai. Kami akan memulakan proses rasmi tidak lama lagi. Sekarang kami sedang menunggu keputusan akhir dan maklum balas dari kerajaan Afrika Selatan.”

Anwar turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah berbincang tentang pengembangan BRICS dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

BRICS, yang ditubuhkan pada tahun 2006, melihat penambahan anggota sejak itu. Pada tahun 2011, Afrika Selatan menyertai kumpulan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, dan China.

Pada Ogos 2023, enam ahli baru telah dijemput untuk menyertai BRICS, termasuk Argentina. Namun, Buenos Aires telah menarik diri pada akhir Disember tahun lalu.

Lima anggota baru, iaitu Mesir, Iran, UAE, Arab Saudi, dan Ethiopia, secara rasmi menyertai kumpulan ini pada 1 Januari 2024.

BRICS adalah singkatan bagi Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan, digagas oleh Goldman Sachs dan Jim O’Neill pada tahun 2001. Tujuannya adalah untuk memajukan kerjasama ekonomi antara negara-negara anggota serta meningkatkan kedudukan ekonomi dan politik mereka di peringkat global.

Dengan Malaysia menyertai BRICS, diharapkan kerjasama ekonomi dan politiknya akan diperkukuhkan, memberi peluang baharu bagi negara ini dalam arena antarabangsa.

BACA: Gara-gara tak jaga ‘benda’ ini, jadi punca stereng kereta bergoyang semasa memandu