“Selepas aku lari dari rumah, aku harap sangat tak lagi jumpa ibu, tapi sekarang umur ibu dah 90, semua anak tinggalkan ibu”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Jika aku boleh memilih induk, aku mahu lahir dari rahim permaisuri raja atau mana – mana wanita hebat.

Namun Allah berkehendak mengatur apa jua milikNya. Nama aku Ziya, usia sudah cukup matang, telah melalui jangka hidup yang panjang.

Luahan aku ini semoga menjadi iktibar, yang baik jadi tauladan, sebaliknya yang tidak baik tinggalkan.

Aku anak ke 3 dari 9 beradik lahir dari ibu 0KU mental. Tahap pemikiran dan pertimbangannya sangat rendah (below normal) tidak mampu

Berfungsi sebagai ibu yang menyayangi, melindungi, mendidik dengan nilai murni dan mendoakan.

"Selepas aku lari dari rumah, aku harap sangat tak lagi jumpa ibu, tapi sekarang umur ibu dah 90, semua anak tinggalkan ibu"

Ibu anak tunggal, atuk dan opah agak berada memiliki banyak hartanah. Kekurangannya menyebabkan sukar anak mereka disunting orang. Ibu berjodoh secara penipuan, dik4takan dia wanita normal yang mempunyai banyak kepandaian.

Ayah terper4ngkap dalam perkahwinan tapi memilih untuk meneruskan kerana dia yatim piatu dan miskin tidak berharta. Ketika itu ayah berkerja sebagai SC (speacial guard) zaman k0munis tahun 1950an.

Bagi menutup ketidakmampuan ibu, opah mengambil alih banyak tugas rumahtangga kerana takut anaknya diceraikan.

Apabila ibu melahirkan anak opah mengambil 3 orang cucu yang terawal semasa bayi dijaga di rumahnya. Rumahtangga opah berantakan sepanjang kehadiran anak – anak kecil dan berakhir dengan perceraian kerana atuk terabai kehendak zahir batinnya.

Opah tidur bersama cucu – cucu kecil yang rapat kelahirannya, berturut tahun. Ketika opah bercerai aku berumur 10 tahun, abang 11 tahun dan kakak sulung 13 tahun. Ketika itu Ibu sudah melahirkan anak yang keenam, rapat – rapat juga umur selang setahun.

Bermulalah kehidupan suram aku terp4ksa mengikut opah yang diceraikan turun sehelai sepinggang. Ayah ibu hanya mahukan kakak kerana boleh mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga dan menjaga adik – adik. Kakak diberhentikan sekolah semasa darjah 5.

Abang ketika itu satu – satunya anak jantan kebanggaan mereka. Aku tidak diperIukan kerana masalah kemiskinan melampau, keb0dohan (mental) ibu dan anak – anak yang ada pun dah cukup ramai. Opah menyalahkan aku menuduh penyebab penceraiannya.

Dia balik ke kampung asalnya meninggaIkan aku terumbang ambing. Terp4ksa datang ke rumah ibu ayah, aku dihalau kerana membebankan mereka. Aku tolong kakak kerja – kerja rumah dan jaga adik – adik seawal dilahirkan supaya aku diterima di rumah itu.

Aku bertahan walau did3ra fizikal dan mental kerana aku hilang tempat berlindung dan tempat makan. Aku juga sayang kepada adik beradik. Untuk mendapat duit, aku berserta kakak dan adik yang agak besar mengambil upah kerja dibendang, basuh kain rumah orang dan lain – lain.

Upah tersebut kami beli bahan makanan kerana bapa selepas SC dia bekerja sebagai jaga lombong gajinya jauh dari mencukupi. Di mana Ibu? Kami jumpa dia waktu makan dan waktu malam sebelum tidur. Anak – anaknya yang kecil tinggal dalam jagaan kami.

Aku adalah t4rget ibu melepaskan kemarahan jika ada yang tak kena walau bukan salah aku termasuk kesalahan kecil yang remeh temeh. Aku disumpah seranah dengan bahasa yang kesat siap c4rut marut dan dipukuI tanpa belas ehsan.

Bila dia meng4muk aku terp4ksa lari t3rjun tingkap, t3rjun tangga menyelamatkan diri kerana dia melempar aku dengan apa saja yang tercapai termasuk kayu api dan peralatan yang t4jam. Ayah mendahului abang dari segi layanan, dikecualikan dari kerja berat dan ditanggung persekolahan kerana perinsipnya anak jantan panjang langkah.

Manakala perempuan ke ceruk dapur walau berpelajaran tinggi. Aku hanya sempat menghabiskan persekolah setakat darjah 6 kerana kesempitan hidup dan pengabaian ayah terhadap aku. Anak – anak menanggung beban pengh1naan dari masyarakat sekampung kerana penampilan ibu aku tidak semenggah dengan kain tak berapa lekat dipinggang, luar biasa peng0tornya n4jis pun kesat – kesat ikut sempat.

Kebersihan diri jauh sekali, pendek kata buruk per4ngai buruk rupa. Kami dihalau jika datang ke rumah orang kerana takut kami minta makan. Semasa kecil kami busuk kerana belum tahu layan diri dan ibu bukan figura yang dapat dicontohi.

Bebanan kesempitan hidup, pengh1naan orang luar dan tempat tinggal yang tidak selamat serta kotor menyebabkan anak – anak mahu keluar segera dari rumah membina kehidupan sendiri. Kami terlalu penat dan s4kit jiwa raga.

Oleh kerana aku yang kerap dihalau dan aku juga yang tidak bersekolah maka seawal umur 13 tahun aku keluar ke bandar Ipoh bekerja sebagai pembantu rumah. Aku cuma mahukan kehidupan yang normal, ada tempat berlindung dan dapat makan.

Bekerja dari satu rumah kesatu rumah hinggalah aku ditakdirkan jadi pembantu keluarga cikgu. Mungkin cikgu tersebut melihat aku sedikit bijak, dia cadangkan aku mengubah kehidupan melalui pelajaran. Sepanjang tercicir persekolahan jiwa aku tidak pernah padam untuk kembali bersekolah.

Ketika itu usia aku baru 15 tahun, aku menduduki peperiksaan SRP sebagai calon persendirian dengan bantuan majikan aku. Dipendekkan kisah aku, setelah melalui pelbagai ranjau dan duri aku berjaya ke peringkat universiti bergraduasi awal tahun 1980.

Sepanjang dalam kerjaya aku tetap menghulur belanja kepada ayah, adik beradik aku dah ada 9 orang. Ramai yang masih belajar. Sepanjang perjuaangan aku Allah hadhirkan insan – insan mulia membiayai pengajian antaranya majikanku, pengetua STAR, guru kelas tingkatan 6 dan Dokter Pengarah nursing school serta sekumpulan matron nursing.

Kini aku telah lebih 10 tahun bersara dari jawatan pegawai kanan kerajaan. Suami aku juga pesara pegawai tertinggi kerajaan, kami punyai anak 8 orang dan cucu. Anak – anak juga bekerjaya bidang profesional. Ibu aku mencapai umur 90an, ayah sudah lama meninggaI.

Fasa penjagaan ibu amat penc4bar kerana sudah sampai peringkat sangat gemar (fetish) kepada n4jis. Dia sangat puas dapat menyentuh, melumur n4jis pada lantai dinding dan di badannya. Pada aku dia bukan nyanyuk, memang itu per4ngai asalnya sejak aku celik mata mengenalinya.

Ketika aku dihalau dari rumah, aku keluar tidak menoleh belakang dan berharap tidak berjumpanya lagi. Namun ketentuan Allah mahu aku menghadap dia lagi dengan per4ngai buruk yang memang aku dah jangka. Tidak seorang pun dari anak – anaknya ada sentimen terhadap orang tua ni.

Kini mereka meletakkan liabiliti itu lebih kepada aku. Mereka juga terabai dengan sejarah membesar yang tidak elok cuma tiada pend3raan fizikal. Jika aku mencari salah, takut aku menyalahkan takdir.

Biarlah dia terlepas peluang menghargai dan menatang permata yang 9 ini, asal aku tidak terlepas ganjaran terbesar dari Allah dengan menjaganya dihari tua yang tidak lagi bermanfaat atas orang yang hidup.

Jika dia kotorkan dan busukkan rumah aku, semoga Allah gantikan aku dengan rumah istana yang lebih baik di sana kelak. Adik beradik aku yang mengelak dari menjaga dan mengabaikan dia sebenarnya sedang melepaskan ganjaran dari Allah.

Ibrahnya, janganlah dikahwinkan orang yang tidak cukup akal kerana zuriatnya yang nenanggung beban dari kecil hingga dewasa. Kami tidak mendapat kasih sayang, tiada nilai adap yang murni, tiada motivasi, b0doh tiada tumpuan belajar dan kurang zat pemakanan.

Pengh1naan yang melampau menyebabkan kami kehilangan jati diri dan sentiasa dalam ketakutan. Syukur aku terlepas dari putaran ganas kemiskinan dan keb0dohan. Hanya sekadar luahan ~ Ziya pernah terbuang – Ziya (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Puan Irna Shahrul : Kadang – kadang bile baca kes anak tinggal kan parent ni kan. Terdetik juga. Mesti ada sebab kenapa kesemua anak dia buang dia tapi tu la.. kita tak duduk kat tempat dia. Tak boleh nak jatuh hukvm sendiri.. kan.

Cume bila baca confession cam ni.. baru tau. Mungkin sikap parent tu sendiri yang membuatkan anak – anak menjauhkan diri. Kagum sangat dengan TT..

semoga Allah bentangkan seluas – luasnya jalan TT ke syurga firdausi.
Sending you big hug. Moga sentiasa kuat yer.

Sara Mas : Di awal – awal pembacaan saya kagum dengan cara penulisan dan penceritaan tt seperti seorang yang terpelajar (masih dalam perenggan tt menyatakan dirinya terp4ksa menamatkan persekolahan pada darjah enam).

Setelah selesai membaca. Patutlah rupa – rupanya tt memang seorang terpelajar. Alhamdulillah dengan izin Allah tt dapat mengharungi hidup ini dengan baik.

Penuh akal sihat dan pertimbangan. Semoga tt sentiasa dalam rahmat Allah. Saya sangat suka dengan penulisan ini. Kisah hidup yang penuh liku seorang insan yang terpilih dan hebat.

BACA: Suami main lalai snoker sampai lupa waktu, isteri mengidam tak dilayan, ini tindakan pak mentua buat semua terdiam