Seorang wanita berjaya mengumpul wang sebanyak RM19,290 dengan menabung selama 13 hari menggunakan duit lebihan perniagaan.
Melalui perkongsian video TikTok oleh @indahsaloon, dia mengumpul beberapa keping duit kertas bernilai RM50 dan RM100 sehari dan menyimpan di dalam tiga bekas tabung.
Menurutnya, wang yang dikumpul itu adalah hasil duit lebihan bisnesnya dalam menjalankan perniagaan spa, salon, dan jual beli emas.
Wanita tersebut juga mengesahkan bahawa tabungan ini adalah sekadar untuk suka-suka kerana dia mempunyai akaun simpanan wang dalam bank yang dikhaskan untuk syarikatnya.
“Video ini ditujukan untuk memberi inspirasi kepada orang lain dan bukan untuk tunjuk-tunjuk,” katanya.
Di ruang komen, pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.
“Alhamdulillah, ini hasil daripada orang yang gemar menabung, patut dicontohi. Tahniah!” komen @haniani.
“Ini hanya untuk orang kaya, sehari simpan RM5, dalam 13 hari baru RM65,” komen @eiqalavigne.
“Tak kira dari T20 ke B40, kalau ada sifat menabung, sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit,” komen @husna20.
Sejak dimuat naik, video tersebut telah mendapat 2.6 juta tontonan, 90,000 suka dan dikongsi sebanyak 8,500 kali.