Penduduk kampung jadi kecoh, monyet nakal suka curi seluar dalam wanita dan ini yang dia buat

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Penduduk kini boleh menarik nafas lega apabila seekor monyet nakal yang menyerang kampung mereka akhirnya ditangkap.

Menurut beberapa penduduk, kehadiran monyet tersebut turut mengganggu perniagaan mereka serta kerap mencuri seluar dalam wanita.

Menurut seorang peniaga dikenali sebagai Ai Waeng, monyet itu berulang kali mencuri barangan di kedainya malahan usahanya memasang jeriji juga gagal.

Turut menghairankan, monyet itu gemar memakai seluar dalam yang dicurinya tanpa ada perasaan malu.

Setelah beberapa waktu berlalu, dia menawarkan sejumlah wang kepada sesiapa yang mampu menangkap haiwan nakal tersebut.

Penduduk kampung jadi kecoh, monyet nakal suka curi seluar dalam wanita

“Kami tidak dapat menjalankan perniagaan kami dengan aman. Setiap kali kami menoleh, ada sesuatu yang hilang. la membuatkan kami marah,” ujarnya.

Monyet itu akhirnya berjaya ditangkap selepas pegawai dari Jabatan Taman Negara, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan memasang perangkap di kawasan berkenaan.

Baca juga: Akhirnya terungkai rahsia kenapa pengasas Facebook pakai baju yang sama tiap hari