Bukan semua wanita materalistik tetapi kebanyakannya pada zaman kini mahukan suami yang mempunyai pekerjaan yang stabil
Dan mampu menampung kehidupan mereka serta anak-anak pada masa depan.
Oleh itu, isu gaji kaum lelaki adalah isu yang agak sensitif kerana ada di kalangan wanita mendakwa
mereka mahukan gaji bakal suami mereka mencecah hingga RM15,000 jika mahu berkahwin. Uish tinggi sangat tu.
Namun berbeza pula jawapan daripada gadis ini, bila ditanyakan mengenai berapa banyak gaji sebulan seorang lelaki perlu ada jika mahu berkahwin dengan gadis Rusia.
Menurutnya, tak penting berapa banyak gaji seorang lelaki itu perlu ada sebulan, namun yang paling penting dia mampu menampung perbelanjaan hidup keluarga.
“Tak begitu penting berapa banyak gaji sebulan seorang lelaki perlu ada, tapi ia mesti cukup untuk menampung semua perbelanjaan harian.
“Jadi lebih kurang dalam 500 dollar (RM2,347.07),” katanya.
Tambah gadis itu lagi, seorang lelaki yang ingin mengahwini gadis Rusia juga harus memberi sedikit wang kepada keluarga bakal isteri sebanyak 200 dollar (RM942.40) yang mana kebanyakan duit ini juga akan digunakan untuk majlis perkahwinan.
“Selalu untuk majlis perkahwinan pihak lelaki yang akan membayarnya. Sebagai contoh, rakan saya akan berkahwin pada Ogos ini. Bakal suaminya akan bayar kos majlis perkahwinan.
“Untuk majlis kecil yang melibatkan keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat, ia bernilai 700 dollar (RM3,298.40),” katanya.
Kata gadis ini lagi, kebanyakan pengantin menghabiskan wang bukan pada majlis perkahwinan tetapi lebih kepada honeymoon nanti.
Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen terutama golongan lelaki yang bercadang untuk mencari jodoh di Rusia.