“Suami kata ‘kalaulah bini aku tu, talak 3 aku bagi, shopping sampai anak pun lupa’ suami terduduk bila tahu yang sebenarnya anak itu adalah anak kami yang hilang”

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Aku tidak tahu nak luahkan di mana perasaanku.

Ibarat nk ditelan mti mak nak diluah mati bapak. Begitulah skit dan terseksanya aku sekarang.

Aku isteri kepada Am (bukan nama sebenar). Am seorang yang penyayang, pemurah dan baik hati. Aku bahagia bersuamikan Am, a

ku dikurniakan anak-anak yang baik dan pintar. Am seorang jurulukis di sebuah syarikat pembinaan. Manakala aku seorang guru tuisyen Matematik dan Sains, hanya mengajar di rumah.

Bohong la jika aku mengatakan bahawa rumah tangga aku sentiasa aman dan damai tanpa ada masalah, ada masanya pergduhan kecil juga berlaku. Jika aku dan Am berselisihan faham dan pendapat, biasanya ianya hanyalah tentang anak-anak.

"Suami kata 'kalaulah bini aku tu, talak 3 aku bagi, shopping sampai anak pun lupa’ suami terduduk bila tahu yang sebenarnya anak itu adalah anak kami yang hilang"

Am paling pantang jika dia balik kerja, melihat anak-anak dalam keadaan yang comot dan tidak terurus. Rumah bersepah atau tiada makanan di atas meja,

Am masih boleh terima malah akan membantuku untuk menguruskannya bersama. Tetapi jika berlaku sesuatu kepada anak-anak di atas kecuaian aku, Am pasti akan marah tetapi bukan di hadapan anak-anak.

Memang sudah menjadi pegangan kami untuk tidak melibatkan anak-anak ataupun keluarga lain. Jika kami bertengkar, kami akan keluar rumah berdua. Bila temui jalan penyelesaian baru kami akan pulang dan akan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

Aku faham kenapa Am begitu. Masa kecilnya, Am diabaikan oleh orang tuanya. Dia dibesarkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan. Mental dan fizikal Am dideera,

parutnya masih ada sehingga kini jelas kelihatan jika Am tidak berbaju. Sebab itu, Am tidak mahu anak-anaknya mengalami nasib yang sama.

Permulaan Kisah Sedih Suami Isteri..Januari 2019, hari itu ibarat mimpi ngeri bagi kami berdua.Petang itu, anakku yang sulung mengadu, kelengkapan asramanya tidak lengkap.

Aku mengajak Am untuk keluar ke bandar. Memandangkan aku membawa ibuku yang lumpuh separuh badan itu bersama, Am tidak menemaniku dan anak-anak masuk ke ‘mall’. Dia menemani ibu di dalam kereta.

Maka aku memimpin si adik yang ku panggil Baby berusia 2 tahun. Anak keduaku pula yang berusia 7 tahun dipimpin oleh Along yang berusia 15 tahun. Selesai membeli barang keperluan asrama Along, si abang merengek meminta untuk dibelikan KFC.

Aku melihat duit di dalam beg hanya ada dua keping note 50 dan aku meminta Along menjaga adik-adiknya sementara aku pergi ke ATM yang berada tidak jauh daripada kerusi anak-anakku duduk untuk mengeluarkan duit.

Ia berlaku agak pantas sekali, tiba-tiba along datang sambil berlari memimpin si abang dalam keadaan menangis ke arah aku yang masih beratur panjang.

“Ummi baby hilang… Tadi ada, pastu dah tak da… Along dah cari… Tak jumpa…”…Aku terdiam kaku. Rasanya kaki sudah tidak pijak ke bumi, baru beberapa minit tadi aku memegang tangan si kecil itu dan kini dia telah hilang…!

Namun aku gagahi juga berjalan. Betapa lekanya aku, cuainya aku dalam menjaga anak-anak.

Pengumuman Budak Hilang..Aku terus menghubungi Am namun tidak dijawab. Aku nekad tidak akan keluar daripada pusat membeli belah itu selagi tidak temui anak perempuanku yang bongsu itu. Setitis air mataku tidak mengalir bimbang jika tiba-tiba aku lemah. Aku cuba lagi menghubungi Am namun hampa… Masih tidak dijawab.

Tingkat demi tingkat aku pergi namun tidak juga ku temui anakku itu.. Nama anakku bergema di setiap sudut. Aku menjerit memanggil seperti hilang akal dengan harapan si anak menyahut. Tiba-tiba, 30 minit kemudian aku mendengar pengumuman ada kanak-kanak dalam lingkungan 4 tahun ditemui memakai gaun biru bunga-bunga.

Ya… itu anakku, berkali kali pengumuman itu bergema dan aku yakin itu adalah anakku. Mungkin anakku itu tinggi dan montel disangkanya berusia 4 tahun. Sedangkan dia baru mencecah ke usia 2 tahun pada Julai 2018 yang lepas.

Setibanya di bahagian pengurusan, aku terus bersujud syukur kerana benar, itu adalah anakku.

Setelah mengucapkan ribuan terima kasih, aku segera ke kereta. Rupanya Am berada di luar kereta kerana merkok. Patut lah telefon tidak berangkat. Sesampainya di sisi si ayah, tiba-tiba anak ku yang kedua menjerit.

“Walid… Tadi baby hilang, nasib baik jumpa kat pejabat…”…Suami Terlafaz Talak Tiga..Aku lihat wajah gembira suamiku melihat aku dan anak-anak keluar dari pintu lif bertukar menjadi pucat dan tidak bermaya. Dia terduduk sambil meraup wajahnya.

Aku menyuruh Along membawa adik-adik masuk kereta. Dan aku ingin menjelaskan perkara sebenar dan ingin memohon maaf. Aku tahu aku bakal dimarahi dengan teruk tetapi aku sudah bersedia memandangkan itu adalah berpunca daripada kecuaianku.

“Sayang… Betul kah yang diumumkan tadi anak kita…?”..Tanya Am perlahan. Aku mengangguk dan memegang tangannya untuk memohon ampun kerana cuai.

Am menarik pantas tangannya. Aku tergamam…Am merenung mataku sedalam-dalamnya. Aku tidak dapat menangkap apa yang cuba Am sampaikan.

“Tadi… Waktu pengumuman itu diumumkan… Berkali-kali… Abang jadi marah sebab kes kecuaian ibu bapa. Sayang tahu kan abang paling pantang kalau dalam bab-bab kecuaian ibu bapa melibatkan anak-anak…?”

Am terhenti di situ bagi menelan air liurnya seolah-olah apa yang bakal diluahkan ini amat payah dan perit.

“Abang terlafaz talaq…!”…Aku tergamam…“Abang kata… ‘kalau lah bini aku tu, talak tiga aku bagi… Sibuk nak shopping sampai anak pun tak terjaga’. Pengumuman kata kanak-kanak berusia 4 tahun sedangkan baby baru 2 tahun… Ya Allah…”

Dengan berat hati Am menghabiskan kata-katanya….“Mudahnya abang menghukum tanpa mendengar penjelasan saya…”

Anak-anak & Keluarga Masih Belum Tahu Kami Berpisah..Aku merenung wajah Am yang penuh penyesalan. Tapi apakah daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan badan menanggung. Aku mengajak Am pulang walaupun hatiku remuk seribu.

Ya, aku lihat air jernih bertakung di kelopak mata Am walaupun dia cuba untuk sembunyikannya dan aku, semampunya cuba untuk menahan tangisan walaupun hatiku telah merintih dan meraung. Aku tidak mahu anak-anak dan ibu tahu aku dan Am tidak boleh bersama lagi.

Aku mengajak Am ke Jabatan Agama Islam untuk bertanya kepada yang lebih arif dan jika itu lah takdirnya aku redha. Namun Am menolak, dia belum bersedia untuk melepaskan aku dan minta supaya aku bersabar sehingga along habis PT3.

Demi kebaikkan bersama aku bersetuju. Bimbang nanti Along pasti akan tertekan jika dia tahu punca penceraian ummi dan walidnya adalah kecuaian dia…

Sejak peristiwa itu, Along tidak pernah berhenti memohon ampun dari aku. Dia mengaku dia cuai kerana membalas whatsapp kawan dia sehingga terlepas pandang adiknya. Berkali-kali aku nyatakan bahawa dia tidak bersalah dan itu hanyalah ujian daripada Allah SWT ke atas hambaNya.

Kami sama-sama sedih. Hanya Mampu Pandang Dari Jauh.Hampir 4 bulan aku dan Am tidak sebumbung. Jika anak-anak bertanya, aku akan mereka pelbagai alasan dan cerita kenapa walid tidak tidur dengan ummi dan kenapa walid tidak berada di rumah bila waktu malam. Rahsia ini tiada siapa yang tahu… Aku pendam sehingga tiba waktunya.

Dan aku tidak pasti adakah aku kuat atau tidak untuk terima hakikat bahawa aku akan kehilangan satu-satunya lelaki yang selama ini amat menyayangi dan mencintaiku.

Aku juga harap dia tabah dan bersedia bila tiba masanya nanti. Aku tahu dia juga seperti aku, bertahun kami harungi suka duka bersama. Dari sekolah menengah hingga ke menara gading didaki berdua.

Di saat aku menulis luahan hatiku ini, aku sedang skit, tidak berdaya.. Am hanya mampu memandang dari jauh, tidak mampu menyentuhku seperti waktu-waktu dahulu.. Tidak lagi mampu menjirus aku mandi seperti masa-masa lalu. Menjaga aku sewaktu aku berpantang anak-anakku dari Along hinggalah Baby…

Tidak lagi boleh memicit kepalaku dan mengurut badanku… Aku tahu Along hairan, tapi apa yang mampu aku buat. Ibu ada bertanya, kenapa suamiku tidak seperti dahulu layanan padaku… Aku cuma mampu berkata…

Ibu diam namun aku tahu jauh di sudut hati tuanya, dia masih belum berpuas hati…. Allah… Talak 3… Kenapa tidak satu atau dua yang suamiku ucapkan.

Kenapa Allah… Ujian apakah ini, Am adalah yang terbaik untukku. Cukup sempurna sekali pemberianMu untukku. Kenapa begini pengakhiran kami? Kenapa bukan ajl yang memisahkan kami? Allahu Akbar…

BACA: “Aku menyesal, isteri berbaju kurung hitam, spek hitam, terus keluar dari pejabat agama tanpa berpaling kepadaku, itulah kali terakhir aku melihat dia”