Salam admin, saya minta profile saya dirahsiakan.. saya seorang ibu anak 1, saya dah berkahwin 3 tahun..
masalah saya dan suami adalah suami tidak mahu memberikan nafkah batin, kami sudah tidak bersama hampir 2 tahun lebih dari saat saya disahkan hamil..
pada mulanya apabila kami tidak bersama saya fikir mungkin kerana kami sama-sama fikirkan keselamatan bayi yang saya kandung..
kerana suami terlalu inginkan anak..saya disahkan hamil..alhamdulillah..Allah swt memberi rezeki awal pada kami..
Saya tidak mengambil kisah pada mulanya dan berfikir mungkin suami kesiankan saya dan menunggu sehingga saya habis pantang..
tetapi anggapan saya salah… sehingga kini dia masih dingin..sudah banyak usaha yang saya lakukan.. berpakaian sksi, makan jamu (untuk persediaan dalaman), bercuti, cuba menggoda dengan membelai tetapi masih macam tu..
saya sudah suarakan masalah ini berulang kali tapi jawapannya hanya..nantilah..sabar la..dan terus terang saya tidak suka bergduh.. saya sentiasa ambil pendekatan beralah dan berbaik..
Sebab pada saya suami seorang yang sempurna dari semua segi kecuali hal batin, dia boleh bawa saya jalan2, belikan barangan, beri nafkah wang bulanan, baik dengan keluarga saya dan ayah yang baik..
dimata semua orang kami adalah keluarga yang sangat bahagia dan sempurna..walaupun saya sunyi..
saya seorang yang berkerjaya jadi kewangan bukan masalah utama kerana saya sentiasa terima apa yang diberi dan kebiasaannya saya lebih suka membeli barangan pakai wang sendiri..
oleh yang demikian saya kadang-kadang pernah terfikir untuk bercer4i..Tetapi apabila memikirkan tiada manusia yang sempurna dan hubungan s3ks bukanla satu keperluan walaupun kadang kala saya rindukan belaian itu…
maka saya ambik pendekatan untuk sabar dan banyak berdoa pada allah swt untuk buka pintu hati suami, Makin saya berdoa..allah memberikan saya petunjuk..
saya terjumpa bil hotel dan apabila check balik tarikh tersebut (5 bulan lepas) dia menyatakan bahawa dia sedang kerja outstation diluar Bandar dan alamat hotel tersebut adalah kawasan kuala lumpur…
hati saya bergoncang hebat..memikirkan kenapa dia menipu..memikirkan dengan siapa dia tidur.. kerana hotel tersebut adalah hotel 5 bintang..adakah suami saya ga y..atau ada perempuan lain sehingga tidak bernfsu kepada saya.
Sebab saya boleh dikategorikan cantik manis..tubuh langsing..tapi suami tak pernah pandang saya…tak pernah cuba membelai apatah lagi memuji..tak pernah..
Kemudian baru-baru ini saya terjumpa sachet yang telah dikoyak bekasnya..sekali lagi hati saya bergoncang…apa kah ini bekas k0ndom ke?
Hati mula bertanya sendiri..setelah google baru saya tahu itu ubt untuk tenaga batin lelaki untuk membuat z4karnya lebih hebat..saya bertanya dengan diri sendiri..kenapa perlunya ubt ini?
Pakai ubt ini untuk bersama siapa sedangkan aku tidak disentuh…allah swt… petunjuk apakah ini lagi…apakah penipuan lain yang tidak aku ketahui…
Saya kemudiannya bawa bertenang dan berdoa..sekiranya ada kebaikan dalam rumah tangga kami.. semoga hubungan ini akan kekal hingga ke jannah dengan penuh kasih sayang..andai tidak..
berikan aku kekuatan dan petunjuk..serta matikan lah perasaan sayangku padanya…kemudian saya berfikir..hebatnya perjalanan hidup ketentuan allah swt ini..
mungkin inilah kebaikkannya kenapa allah swt tidak membuka pintu hati suami untuk menyentuhku..mungkin supaya tiada berpindah peny4kit kepadaku sekiranya dia ada hubungan diluar…
Jadi walaupun saya telah jumpa bill hotel dan bekas ubt tersebut (saya diamkan hal ini dan saya tidak beritahu suami kerana saya tahu suami akan menafikan perkara ini dengan pelbagai alasan)…
dan saya banyak menangis mengenangkan hubungan perkahwinan saya yang tidak normal ini.. saya masih lagi berbuat baik dan memberikan layanan yang sama..
kerana saya merasakan ini adalah tanggungjawab seorang isteri..dan apabila saya membaca cerita dalam krt ini..lebih banyak perkahwinan yang lebih malang dari saya..
Mungkin suatu hari nanti saya akan meminta cer4i apabila saya mempunyai bukti yang kukuh..bukti yang tak mampu dinafikan oleh suami..
Mungkin warga krt disini ada pendapat atau cadangan yang lebih baik mungkin yang tidak pernah lagi saya lakukan untuk rumahtangga saya..
saya nak selamatkan rumahtangga saya..pada masa yang sama..saya nak tahu kebenaran walaupun pahit…