“Aku cemburu tengok kawan dapat suami baik, sekali dia ajak tidur rumah yang buat aku terdiam”

Oleh ISMAIL YAHYA

Seorang wanita sudah menyimpan perasaan cemburu terhadap sahabat baiknya sendiri sejak mereka belajar bersama di sebuah universiti awam di Malaysia.

Hasad dengki wanita berkenaan semakin membuak-buak apabila melihat sahabatnya itu mendirikan rumah tangga sedangkan dirinya masih kekal bujang di usia 31 tahun.

Berikut perkongsian wanita yang masih lagi mencari jalan untuk merawat hatinya daripada penyakit hasad dengki dan juga sifat iri hati terhadap sahabat baiknya sendiri.

“Assalamualaikum, aku seorang gadis yang berusia 31 tahun. Belum berkahwin dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat guaman.

Tujuan aku meluah adalah untuk berkongsi rasa insecure (kurang keyakinan diri) ini

“Aku cemburu tengok kawan dapat suami baik, sekali dia ajak tidur rumah yang buat aku terdiam”

. Aku seorang perempuan di dalam kategori kurus kering dan agak rendah. Kerana itulah aku kurang keyakinan.

“Mungkin sebab itu jugalah tiada lelaki yang nak. Kalau mereka mendekati aku sekali pun, mesti nak ambil kesempatan sahaja. Untuk pengetahuan kamu semua, aku ada sahabat baik yang digelarkan sebagai Lala.

Tetapi ini Lala sudah menikah semenjak umurnya 24 tahun lagi. Kerana itu aku rasa benci dan tercabar dengannya.

“Aku menyampah tengok Lala muat naik gambar dia dengan suaminya. Sedangkan, gambar itu biasa sahaja. Tetapi aku rasa macam dia sengaja berlagak sebab sudah ada suami. Namun ini apa yang aku rasa sahaja.

Sebab sahabat aku punya kapsyen biasa-biasa sahaja. Tiada yang romantik sangat pun. Terukkan aku?

“Sepatutnya sebagai sahabat, aku patut gembira tengok dia bahagia. Aku sekarang semakin menjauhkan diri daripada dia. Sedangkan kawan aku itu selalu menghantar pesanan untuk tanya khabar.

Kadang-kadang aku baca, tetapi tak balas. Aku rasa kasihan dekat dia, tetapi tak boleh rapat dengan dia lagi.

“Aku rasa diri ini lagi cantik daripada Lala. Tetapi kenapa dia kahwin dahulu. Semasa kami dekat universiti, aku selalu bertukar-tukar teman lelaki. Putus seorang, datang yang baru.

Tetapi Lala sejenis yang tak suka ada teman lelaki. Ramailah yang minat, tetapi sahabat aku ini memang tak minat berpasangan seperti itu.

Promoted content

BITCOIN BANK
Do This For 15 Minutes And You Will Earn RM4,300 A Day
“Tetapi perkara inilah yang membuatkan aku cemburu dengan Lala. Sebab, dia tak perlu mencari lelaki. Tetapi lelaki yang datang dekat dia. Aku ini berialah berkenalan dengan lelaki, tetapi selalu kena tipu dan dicurangi. Akhirnya selepas habis belajar, si Lala yang kahwin dahulu. Itu pun dia bercinta selepas menikah.

“Aku jugalah yang masih sendiri. Terpaksa juga datang ke majlis tunang dan sanding Lala. Aku kan sahabat dia. Kalau tak datang mesti Lala akan sedih. Aku ingat lagilah, masa belajar dahulu pernah abaikan dia. Sebabnya, tengah angau bercinta dengan seorang senior ini. Aku langsung tak ambil tahu hal Lala.

“Ketika itu, dunia aku hanyalah dengan teman lelaki sahaja. Aku juga sengajalah nak menunjuk dekat Lala. Nak tunjuklah aku lebih bahagia daripada Lala walau dia ramai peminat. Akhirnya, teman lelaki aku curang lagi. Waktu itu, barulah aku cari sahabat, luahkan rasa sedih. Macam biasa, Lala tetap layan aku dengan baik. Sabarkan aku.

“Kemudian pada suatu malam, Lala tiba-tiba meminjam tudung junior kami. Tudung itu tudung labuh. Memang tak nafikan, aku yang perempuan juga terkesima tengok. Lala terlalu ayu ketika memakai tudung labuh itu. Biasanya sahabat aku itu kenakan tudung bawal yang tutup dada sahaja. Kali ini macam ustazah pula.

“Selepas itu kami keluarlah pergi belajar dekat perpustakaan. Apa yang buat aku lagi cemburu, boleh kata ramai lelaki pandang Lala ketika itu. Tertoleh-toleh. Aku teruslah cakap dekat Lala, selepas ini jangan pakai tudung macam itu lagi. Konon tak sesuai langsung dengan imej sahabat aku itu yang gila-gila. Terukkan aku?

“Bahagian ini mesti ramai yang kecam aku. Selepas Lala kahwin, aku pernah pergi ke rumah dia. Tumpang tidur satu malam. Aku cemburulah tengok kehidupan dia. Suami sahabat aku itu terlalu sempurna. Rajin tolong Lala buat kerja rumah, dan suami dia juga memang kacak. Rasa tak sepadan dengan Lala yang biasa-biasa itu.

“Rumah Lala ada dua bilik sahaja. Sebuah bilik stor, satu lagi bilik tidur mereka suami isteri. Jadi Lala suruh aku tidur dengan dia dalam bilik. Suami dia tidur luar. Aku pun sengaja berborak kosong dengan Lala, ‘Rajin suami kau ya. Kau tak nak jadikan aku madu ke?’. Terus berubah muka sahabat aku itu. Selepas itu aku cepat-cepat gelak

“Aku katalah gurau sahaja. Tak akanlah nak caras suami sahabat sendiri. Selepas itu barulah nampak muka Lala lega sedikit. Kadang-kadang aku rasa ini kifarah.

Sebab Lala tak pernah buat salah kat aku. Tetapi akulah yang banyak buat salah padanya tanpa dia sedar. Sampai sekarang dia masih muat naik kenangan kami.

“Lala juga selalu ‘tag’ akaun aku sekiranya ada kata-kata hikmah mengenai sahabat yang ‘sweet’ di sosial media. Tetapi aku cuma tengok tanpa beri balasan.

Bagaimana aku nak rawat hati ini supaya redha dengan rezeki masing-masing? Kadang-kadang rasa hati aku sudah teruk sangat.” Kata wanita itu dalam sebuah forum atas talian.

BACA: “Patutlah anak-anak setuju ayah dia kahwin lagi, sekali anak keduaku dedah apa yang bakal maduku beri sampai anak-anak setuju”