Nampak sama tapi bukan dia, ramai tertipu rupa parasnya yang sama dengan durian

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Buah ini menampilkan keunikan tersendiri dengan gabungan ciri-ciri durian dan cempedak yang memukau.

Secara visual, buah mentawa mempunyai bentuk yang istimewa. Kulitnya menyerupai durian dengan duri yang tidak terlalu tajam, sementara daging buahnya lebih mirip dengan cempedak.

Buah eksotik yang paling jarang ditemui di Malaysia, menyerupai durian dan cempedak yang belum diketahui ramai

Yang menarik, buah yang dikenali sebagai pala munsuh ini juga dianggap serupa dengan buah tarap atau terap.

Namun, perbezaannya terletak pada warna isi buah mentawa yang berwarna oren atau kuning keemasan, tidak seperti buah terap yang berwarna putih susu.

Nampak sama tapi bukan dia, ramai tertipu rupa parasnya yang sama dengan durian

Buah eksotik yang paling jarang ditemui di Malaysia, menyerupai durian dan cempedak yang belum diketahui ramai

Masyarakat tempatan mengatakan bahawa buah pala munsuh ini mempunyai cita rasa masam, manis, dan krimi!

Bau buahnya juga tidak begitu ‘menyengat’ seperti buah terap.

Diketahui, buah yang belum masak boleh dimasak sebagai sayur seperti buah cempedak dan nangka.

Bijinya pula boleh direbus atau dipanggang dengan api kecil, memberikan rasa yang berlemak seperti kekacang.

Walau bagaimanapun, buah mentawa kini semakin sukar dijumpai di Sarawak dan dianggap sebagai buah yang langka oleh penduduk tempatan.

BACA: “Suami curang belakang aku sampai terlanjur dengan bekas kekasih ketika aku sedang sarat mengandung, alasan suami sangat mengecewakan aku”