Assalamualaikum dan Hi , nak minta pendapat. Cerita ni panjang. Jadi aku pendekkan sahaja.
Kisahnya aku seorang isteri dan ibu yang pernah terlanjur dengan beberapa lelaki sewaktu sudah berkahwin tapi aku dah taubat,
aku juga tak berani jujur dekat suami aku yg aku cur4ng sebab aku betul2 khilaf.
Aku takut suami tinggalkan aku dan sampai harini suami masih tidak tahu aibku. Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku.
Tapi persoalannya, perlu kah aku teruskan perkahwinan ni kalau suami aku asyik sangka buruk.
syak wasangka melampau jadinya aku terpaksa kerap bertukar kerja dan sekarang aku jd penganggur. aku nak usaha kerja dekat lain tapi dia tak bagi dah.
Btw, aku seorang yang berpendidikan. Lepasan ipta. Lepastu suami asyik remind nak hidup single tapi tunggu masa,
seolah olah suami tahu perbuatanku, sekarang suami asyik cakap pasal perempuan lain, b4r4n tak bertempat dan selalu cakap bila gaduh tak heran sikit pon kalau takde aku.
Aku rasa macam aku je yg bersungguh sekarang ni tapi masing2 fikir anak je yang masih kecik. Husband aku sekarang ni macam split personality.
Sometime dia okay and sometime dia jadi macam apa yang aku cakap kat atas tu. what should i do? Help me. Aku Pendosa yang ingin ke jalan Allah