“Dah lama aku perhati, tiap bulan mesti ada orang ‘transfer’ RM1000 dalam akaun isteri, ini kerja dia belakang aku!”

Oleh ISMAIL YAHYA

Kadangkala ramai tak sedar, murahnya rezeki kita dek kerana orang disekeliling seperti keluarga, isteri atau anak-anak.

Seorang lelaki ini menceritakan semula kebaikan si isteri yang dibuat secara diam-diam tanpa pengetahuannya.

“Aku pernah menganggur hampir setahun. Baru sebulan mula bekerja balik, alhamdulillah.Sepanjang aku tanam anggur, aku tolong isteri aku buat kek dan biskut.

Isteri aku dah selamat lahirkan anak kami yang Allah kurniakan walaupun ambil perancang, dan alhamdulillah juga, sepasang dah cahaya mata hasil pengorbanan isteri aku.

Elok dapat khabar pregnant, aku dibuang kerja. Isteri aku tak sedih. Tapi dia minta aku bantu dia dalam bisnes. Bisnes dia pun memang betul betul zero lagi masa tu.

"Dah lama aku perhati, tiap bulan mesti ada orang 'transfer' RM1000 dalam akaun isteri, ini kerja dia belakang aku!"

Aku dengan tak tau apa, buat jela apa yang mampu. Aku dah cakap dengan isteri, aku akn usahakan apa yang jadi tanggungjawab aku.

Tapi isteri aku sumpah hati suci, dia pulak bersengkang mata nak cari belanja. Dengan bawak perut dengan alahan yang teruk, anak sulung pulak baru nak pandai tantrum,

Isteri aku giat cari peluang buat itu ini untuk tambah pendapatan selain nak tambah ilmu bakery dia. Slow slow dia join pjj yang buat promo murah murah, sekarang ada la penambah baikan.

Pendekkan cerita, bulan lepas kami dapat rumah sewa yang dah kami usahakan cari hampir setahun, (sekarang tinggal dengan mentua).

Jujurnya, mentua aku okay dengan aku, tapi tak dengan isteri aku. Ya, anak dia. Nak cerita nanti panjang sangat. Jadi aku skip part tu.

Isteri aku teruja sangat sangat bila dapat rumah dan dia pulak yang berazam nak kumpul duit deposit RM1k lebih.

Kadang kadang geram jugak sebab dia buat aku macam tak wujud pulak haha. Asyik nak usaha sendiri. Nak makan burger RM3 pun nak korek tabung tak nak susahkan aku.

Jadi aku diam diam simpan azam buat overtime hari hari nak kumpul jugak deposit rumah tu. Maha Besar Allah, selang dua hari ada hamba Allah bantu untuk deposit rumah tu sepenuhnya.

Hamba Allah ni memang selalu sangat tolong aku dan isteri, kali ini dia buka tabung untuk kumpul deposit rumah. Dia sendiri terkejut ada penderma yang sumbangkan RM1k lebih.

Dia wasap isteri aku, dia tanya apa yang isteri aku buat sampai ada orang sudi tolong isteri aku sampai macam ni sedangkan tak kenal langsung isteri aku.

Hamba Allah tu kenal isteri aku dari cerita isteri aku yang dulu juga, terima kasih banyak aku ucapkan.

Aku baca wasap tu lewat malam, isteri dah tidur. Aku tenung wajah isteri yang lena. Betul, aku tak dapat nafikan, isteri aku memang murah rezeki. Pergi mana mana orang suka.

Hari kami akad nikah, tu la first time family besar aku jumpa dia. Tapi semua sukakan dia. Sampai ke hari ni, kalau dengar isteri nak balik kampung, semua excited.

Kalau sebulan tak balik, semua bertanya sampai ada nak sponsor duit minyak.

Bila aku baca wasap hamba Allah tu, (isteri aku panggil kawan syurga), baru aku terperasan sangat benda benda ni. Apa isteri aku buat sampai orang sayang dia macam ni?

Aku belek belek lagi wasap dia. Chat dia dengan tuan rumah yang nak sewa. Ada banyak chat. Isteri aku gigih save banyak no tuan rumah yang dia jumpa di fb.

Kebanyakkannya mahal, kami tak mampu. Dan walau kami tak jadi berurusan, di hujung perbualan, isteri aku selitkan doa untuk tuan rumah tu.

Memang aku kagum sekejap. Dia chat online seller walaupun setakat tanya harga, dia doa seller tu dimurahkan rezeki sebab dia belum mampu beli.

Adik beradik dan mak ayah dia suka gunakan dia, dia tak merungut. Bila dia penat sangat emosi, dia mengadu dengan kawan syurga dia yang buka tabung deposit rumah kami.

Tak pernah buka aib keluarga sendiri

Dia tak mengadu dengan aku. Dia takut aku benci family dia. Padahal aku tau je. Aku jenis suka perati.

Dekat setahun aku tanam anggur buat kerja dekat rumah, menipu kalau aku tak perasan layanan double standard dekat isteri aku.

Tapi dia tak simpan dendam. Malam ni marah, terasa hati, esok dah sejuk hati belanja anak sedara walaupun dengan RM2.

Tak lokek bersedekah

Isteri aku tak lokek bersedekah. Tiap kali balik kampung, ada je benda dia nak buat nak sedekah dekat family atau sedara sedara aku. Tak duduk diam langsung.

Dalam seminggu kalau tak bersedekah, dia boleh termenung lama.

Dia korek-korek la tabung dia tu pergi beli susu dengan sirap, buat aiskrim untuk sedekah hari hari dekat budak budak main petang petang tu.

Ada orang bagi sedekah dekat dia barang dapur, dia sedekah separuh dekat abang ipar aku. Tu sedekah, jangan cakap pula kalau dia dapat banyak order. Lagi la sakan dia bersedekah.

Dia kata tu tanda syukur dia. Pula tu sedekah atas nama customer. Sebab sudi beli dengan dia.

Hidup isteri aku nampak serba kekurangan pada orang luar, tapi kebesaran Allah pada dia, aku je tahu. Dan aku sumpah kagum. Dia tak pernah berkira, jarang merungut.

Niat aku kahwin awal dengan dia sebab nak keluarkan dia dari kena buli dengan keluarga dia, tapi tak sangka aku pun jatuh tersungkur tak mampu bagi dia bahagia.

Aku nak kena claim ke aku ada tolong buat kerja rumah, jaga anak semua? Tak claim kang orang ingat aku biar isteri aku buat seorang diri pula.”

Baca juga: Apa jadi kalau rakyat jumpa ‘lubuk’ emas belakang rumah? Hak milik siapa sebenarnya?