Dah 2024 masih ada kubur wanita digali , Tali ‘Pocong’ dicuri dipercayai utuk ritual ilmu hitam

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Sebuah kubur milik seorang wanita dilapor telah digali semula dan tali pengikat kain kafan jenazah pada bahagian kepala turut dicuri.

Menurut Banyuwangi.com, kejadian berkenaan dilapor berlaku di Desa Plampangrejo, Kecamatan Cluring di Banyumwangi, Indonesia pada 29 Jun lepas.

Beberapa video yang merakam keadaan kubur milik jenazah wanita berusia 43 tahun itu yang digali dan terbongkar turut menjadi tular di media sosial.

Ketua Kapolsek Cluring, AKP Abd Rohman berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan daripada penduduk tempatan dan siasatan sedang dijalankan.

Kubur digali milik seorang wanita, tali pocong dicuri dipercayai untuk ilmu hitam

Dah 2024 masih ada kubur wanita digali , Tali ‘Pocong’ dicuri dipercayai utuk ritual ilmu hitam

“Kubur tersebut dipercayai milik seorang wanita berusia 43 tahun yang meninggal dunia seminggu sebelumnya akibat sakit.

“Suspek menggali kubur berkenaan selepas tujuh hari jenazah dikebumikan,” katanya.

Menurut keterangan saksi, keadaan kubur itu yang sudah digali dan terbongkar hanya disedari kira-kira 7.30 pagi. Mengesyaki ada yang tidak kena, saksi itu kemudian memeriksa keadaan kubur tersebut dan mendapati jenazah masih ada.

“Setelah diperiksa, jenazah masih berada dalam keadaan baik dan suspek hanya mengambil dua helai tali putih pengikat kain kafan jenazah,” ujar Abd Rohman

Motif dipercayai ada kaitan dengan amalan ilmu hitam

Tambahnya, pihak polis mengesyaki kejadian itu mempunyai kaitan dengan amalan ilmu hitam.

“Kita tidak tolak kemungkinan tali pocong itu untuk dijadikan syarat dalam ritual ilmu hitam. Bagaimanapun, siasatan masih berjalan.

“Kami akan berusaha menahan suspek yang terlibat,” katanya lagi.

Susulan kejadian itu, kubur Allahyarham telah dibaiki semula oleh ahli keluarganya dengan bantuan penduduk setempat.

Abd Rohman juga mengingatkan penduduk setempat untuk melakukan rondaan bagi menjaga keamanan kampung supaya kejadian serupa tidak berulang lagi.

Menurut Banyuwangi.com, kejadian kubur digali dan dibongkar untuk mendapatkan tali pengikat kain kafan pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

BACA:“Jatuh air muka aku, ingatkan suami beli, rupanya dia pinjam cincin masa upacara batal air sembahyang”