Setiap kenderaan memerlukan penyelenggaraan berkala bagi memastikan setiap komponen dalaman kekal berada dalam keadaan baik.
Tambahan lagi, pemandu juga secara tidak langsung dapat menikmati pemanduan yang lebih baik.
Jika ia tidak diselenggera dengan baik, kenderaan berisiko rosak atau mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan sewaktu memandu.
Salah satu komponen kenderaan yang perlu dititikberatkan adalah sistem brek.
Ini kerana brek yang bagus memberikan kesan yang cukup besar terhadap keselamatan terutamanya di atas jalan raya.
Brek secara umumnya berfungsi memperlahankan atau memberhentikan kenderaan. Tahukah anda, sekiranya kereta mengeluarkan bunyi bising seperti “kesing-kesing” berpunca daripada sistem brek.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh pemilik akaun TikTok @One Heart Distributor mengenai masalah ini di bawah.
Punca Kereta Bunyi “Kesing..Kesing”
Gambar: TikTok @One Heart Distributor
Menurut lelaki di dalam klip berkenaan, punca sesetengah kereta mengeluarkan bunyi ini adalah disebabkan rotor brek (Brake Disc) dan brek pad (bahagian depan tayar), lebih-lebih lagi jika rotor brek sudah beralun.
“Bunyi tu datang daripada brake disc dan brek pad korang. Brek pad dia memang tebal, tetapi kalau brake disc dia ni dah beralun macam ni memang boleh menghasilkan bunyi. Bila tak servis dia punya habuk,” ujarnya dalam klip video.
Manakala brek belakang kereta pula melibatkan drum brake yang terdiri daripada komponen dalaman brake shoes dan brake pump. Sama seperti brek hadapan, masalah ini juga melibatkan habuk pada brek drum.
Minyak brek
Selain itu, dia turut memberitahu, minyak brek juga perlulah dijaga dan ditukar sebaik mencecah 80,000 km jarak tempuh (mileage).
Warna minyak brek yang baik adalah berwarna jernih, jika ia telah berwarna perang seolah berkarat, disarankan untuk tukar.
@oneheartsdnbhd
Sistem brake jangan buat tak tahu.. sakali dia hilang koyak woo.. #contentcreator #oneheartgarage #tiktokmalaysia #tiktokguru #leanontiktok #carservice #brake #dot4
BACA JUGA: Pelik 6 bulan tak bayar bil air tapi tak kena potong, rupanya tanpa sedar minum air tandas!