Masyarakat Malaysia ni, kalau nak tengok satu-satu drama atau filem tu, mestilah nak tahu sama ada ianya berbaloi untuk ditonton ataupun tidak.
Mana tidaknya, kalau cerita tu tak best, dah buang masa kita pergi menonton.
Lagi-lagi kalau cerita thriller. Min yakin ramai rakyat Malaysia yang gemarkan genre seram atau thriller.
Tak kisahlah hantu siam ke, mat saleh mahupun Indonesia, ramai yang akan serbu ke pawagam.
Cakap tentang thriller, ada satu drama supernatural thriller yang ramai netizen tertunggu-tunggu.
Min tengok sampai ada netizen yang teruja bila tahu je nama pelakon otai yang ada!
Kalau difikirkan, nampak menarik betul drama ni sebab ada line-up pelakon yang best & berpengalaman. Selidik punya selidik, rupanya pengarah drama ni ialah Sein Qudsi yang memang terkenal dengan penghasilan cerita-cerita seram dan thriller seperti Viu Original Hilang, Bangunan (2015) dan Till Death: Azalea’s Wrath (2019).
Patutlah sampai ada yang teruja nak tengok bila drama ni dah mula tayang nanti.
‘Nafsu’ Bawa Pelakon ‘Legend’ Kembali Ke Drama Thriller
Mesti korang tertanya-tanya, drama thriller apa yang min maksudkan ni.
Kalau nak tahu, drama tersebut ialah ‘Nafsu’ yang merupakan drama terbaharu Viu Original arahan Sein Qudsi. Sebut je Viu Original, korang dah boleh expect drama ni memang best & lain dari yang lain. Tak tipikal macam drama tempatan yang selalu kita tengok sebelum ni.
Telah mula ditayangkan pada 27 Jun yang lepas, drama thriller ‘Nafsu’ menampilkan gabungan pelakon-pelakon hebat seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz dan Aqasha. Lebih menarik lagi ia turut membariskan pelakon-pelakon ‘legend’ seperti Ellie Suriaty dan Vanidah Imran. Nah korang tengok trailer ni dulu.
Amacam? Dah tengok trailer, mesti ramai yang terus jadi excited kan nak tengok drama ni. Kalau korang nak tahu, Viu juga ada keluarkan limited edition ‘Kerepek Kaca Nafsu’ yang diinspirasikan daripada salah satu adegan di dalam siri tersebut. Dan setiap perasa yang dikeluarkan merupakan jenis-jenis nafsu yang korang boleh tengok dalam siri tu. Tapi adegan dan episod mana, korang kena tengok sampai habis. Ada 8 episod sahaja!
Nafsu : Bomoh Palsu vs Ketua Ajaran Sesat
Nafsu mengisahkan tentang seorang lelaki,Sam yang menyamar sebagai bomoh untuk menipu orang kaya dan mendapatkan wang. Walaupun dia memiliki deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib. Namun, Sam menganggapnya sebagai satu sumpahan dan menolak ‘anugerah’ tersebut.
Takdir menemukan semula Sam dengan bekas kekasihnya, Dina yang kemudiannya saling bekerjasama untuk mencari adik perempuan Dina, Alia yang hilang secara tiba-tiba. Pencarian mereka membawa kepada satu kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh lelaki misteri bernama Gusti. Dan mereka harus menghadapi pelbagai cabaran yang tidak dijangka dalam misi mereka itu.
Apa Yang Menarik Dalam ‘Nafsu’ Episod 1 & 2?
Ketika review ini dikeluarkan, Viu baru sahaja menayangkan 2 daripada 8 episod kesemuanya di laman web mereka. Jadi, ni review min tentang dua episod drama ‘Nafsu’ yang telah ditayangkan.
Episod 1: Nightfall
Episod pertama “Nafsu” memperkenalkan min kepada dunia kelam Sam (Kamal Adli), seorang lelaki yang menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidupnya di kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur.
Dia menggunakan tipu daya dan ilusi murahan untuk menipu mangsa-mangsanya yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam. Yang menariknya, kita ditunjukkan bahawa Sam sebenarnya memiliki deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib pada awal episod. Namun, dia menolak anugerah ini dan menganggapnya sebagai satu sumpahan.
Episod ini juga memperkenalkan Dina (Azira Shafinaz), bekas kekasih Sam, yang muncul kembali dalam hidupnya dan mereka sama-sama berusaha untuk mencari adik perempuan Dina iaitu Alia (Khayrisyah Kemal) yang hilang secara misteri.
Episod 2: Old Wounds
Episod kedua “Nafsu” membawa min lebih dalam mengikuti misi Sam dan Dina untuk mencari Alia. Ketegangan meningkat apabila mereka menemui petunjuk yang membawa mereka ke arah satu kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh lelaki misteri Gusti yang berniat jahat.
Episod ini penuh dengan adegan aksi dan misteri, dengan Sam yang harus terima hakikat untuk berhadapan memori silamnya bagi membantu Dina.
Malahan, plot dalam episod ini juga seolah-olah memberi satu ‘hint’ bahawa kemampuan Sam untuk melihat makhluk ghaib bakal memainkan peranan penting dalam pencarian Alia.
Episod ini juga membina hubungan yang kompleks antara Sam dan Dina, menunjukkan ‘connection’ antara masa lalu dan masa kini mereka. Min juga dapat merasakan ketegangan dan konflik dalaman Sam ketika dia terpaksa terima kenyataan tentang ‘anugerahnya’ itu dan masa lalunya dengan Dina.
Secara keseluruhan, episod 1 dan 2 “Nafsu” berjaya menarik min dengan plot yang penuh dengan misteri, konflik yang mendalam, dan watak-watak yang kompleks. Drama thriller ini pastinya menjanjikan perjalanan emosi dan kejutan yang pasti akan membuatkan korang terus setia mengikuti setiap episod.
Lebih menambah perasa dalam jalan cerita episod-episod ini ialah kemunculan pelakon ‘legend’ Ellie Suriaty yang melakonkan watak ibu kepada Dina dan Alia.
Jika dilihat melalui pergerakan, emosi dan riak wajah, wataknya mempunyai satu rahsia yang disembunyikan dan membuatkan kita tertanya-tanya adakah beliau mempunyai kaitan dengan kehilangan Alia?
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai kita tonton Viu Original Nafsu setiap Khamis hanya di Viu. Korang boleh ketahui lebih lanjut mengenai ‘Nafsu’ dengan mengunjungi laman web Viu serta laman media sosial mereka di FB, IG,YouTube & TikTok
BACA: Selalu jadi tempat betulkan tudung, ini fungsi sebenar cermin dalam lif ramai tak tahu