“Duit tinggal 5 ringgit je, saya suruh anak beli roti untuk sarapan, tak sangka mereka curi-curi beli coki-coki, mereka tak faham ke saya takde duit”

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Assalamualaikum. Minta hide profile saya ye. Saya sebenarnya tidak ada masalah besar sangat tapi kadang – kadang saya tak mampu.

Minta tolong doakan saya dan tolong la beri kata – kata semangat untuk saya.

Saya sebelum ni ibu tunggal selama 7 tahun dan mempunyai anak 3 orang. Bercerai dengan bekas suami kerana dia curang, panas baran.

Suami kaki perempuan sebelum ini kerap tukar – tukar perempuan dan malas kerja. Saya buat report polis dan bekas suami telah dipenjarakan.

Keluar daripada penjara, bekas suami takde beri nafkah anak – anak, takde tengok anak – anak. Bekas mertua pon takde tengok cucu – cucu.

"Duit tinggal 5 ringgit je, saya suruh anak beli roti untuk sarapan, tak sangka mereka curi-curi beli coki-coki, mereka tak faham ke saya takde duit"

Hari raya pon takde muncul. Sekarang bekas suami dah berkahwin baru dengan janda anak 2.

Tahun lepas baru ada anak sendiri. Saya sekarang tengah dalam proses tuntutan nafkah anak – anak dan hadanah. Belum selesai. Dah setahun lebih dah. Pakai peguam kerajaan je. Saya telah berkahwin baru dengan suami baru yang sebelum ni bujang. Perkahwinan hampir 5 tahun.

Sekarang ada anak dengan suami baru no. 4 dah 4 tahun. Awal berkahwin hingga sekarang masih pjj. Belum ada rezeki nak duduk sama – sama. Suami hanya duduk di stor tempat kerja. Company sediakan bilik semua. Masalah rumahtangga sikit – sikit tu ada bukan takde tapi Alhamdulillah tetap rasa syukur kerana suami masih bertanggungjawab untuk beri duit.

Suami baik cuma sekarang masalah ekonomi. Suami gaji basic RM 2000. Gaji tak besar mana, barang – barang makan, sewa rumah pon mahal ye. Memang tak cukup. Sebelum ini saya bekerja di pasaraya, boleh ot sampai malam.

Memang dulu masa janda saya bekerja tanggung anak – anak semua. Saya bayar sewa rumah, makan minum, tempat tinggal, pakaian dan anak – anak sekolah lagi. Semua 100% di bahu saya. Apa yang membuatkan saya bekerja on off adalah disebabkan faktor kesihatan anak – anak dan komitmen dalam menguruskan anak dan rumahtangga sendirian.

Anak sulung ada asthma, anak yang no.2 kurang dari segi pelajar, masih belum pandai membaca. Sebelum ni perlu pergi kelas yang disediakan oleh pihak sekolah untuk kelas membaca. Percuma. Tiada orang uruskan, saya yang uruskan ambil dan hantar.

Anak no.3 dah 2 tahun ada peny4kit saraf. Masih dalam rawatan pakar kanak – anak. 2 tahun lepas lumpuh tidak boleh duduk dan berjalan, hanya baring saja, pakai pampes selama 6 bulan. Saya uruskan sendirian, saya ambil cuti tanpa gaji 2 bulan lebih.

Ulang alik hospital, uruskan anak – anak lain lagi dan bawa anak berubat traditional. Semuanya saya lakukan sendiri, pakai duit simpan sendiri sampai habis licin guna. Sekarang Alhamdulillah, anak saya dah boleh sekolah dan berjalan.

Masa anak – anak s4kit saya terp4ksa ambil cuti hingga dibuang kerja. Ada juga yang saya sendiri berhenti kerja kerana tidak boleh beri komitmen kerja. Jika bekerja pula nak bayar pengasuh, bayar pengangkutan anak sekolah semua habis gaji kat situ je.

Dekat sini gaji kecil saja. Saya sukar untuk kerja malam kerana uruskan anak – anak. Anak yang sulung tingkatan 3 dan bersekolah asrama agama penuh. Lepastu saya kerja jadi kerani kilang. Anak no. 4 pon selalu tidak sihat demam, kene hfmd dan sebagainya.

Terp4ksa ambil cuti hingga kene buang kerja. Dah banyak tempat saya kerja dalam setahun demi setahun semata – mata untuk besarkan anak – anak dan kelangsungan hidup hingga rasa letih dan putus asa. Macam – macam pernah kerja, kerja kedai makan, kilang perabot, jual kuih, jual nasi lemak dan sebagainya.

Tempat berg4ntung saya hanya Allah. Bila fikir Allah, fikir anak – anak baru saya kuat. Sekarang saya tidak berkerja hampir 6 bulan. Apa yang menjadi masalah ialah tiada duit perbelanjaan untuk anak – anak yang cukup.

Kadang – kadang makanan memang tak cukup. Kalau nak dapat makanan sedap kena tunggu hari jumaat masa hantar anak – anak solat jumaat. Terima kasih mereka yang sedekah makanan di masjid. Syukur sangat ya Allah.

Kalau ada duit, dapat la beli lauk ayam dalam sebulan 2 kali. Selalunya berlaukkan telur atau nasi goreng saja untuk berjimat. Lauk ikan memang susah nak jumpa. Anak – anak pon tak dapat beri belanja sekolah. Anak – anak darjah 3 dan 4, kadang – kadang kalau ada duit saya bagi RM1 je.

Kadang – kadang tak bagi pon duit, selalu bawa bekal. Pagi ini, saya sedih sangat sebab anak – anak curi – curi beli coklat. Dia bayar pakai duit makan sekolah yang RM1 tu. Duit tu saya suruh beli roti untuk sarapan saya ada bagi rm5 sebab saya tak sempat masak sebab saya demam.

Tapi anak – anak ambil coki – coki, gula – gula la, dah kene bayar rm7.40 dan kene tambah lagi duit sebab tak cukup. Saya marah anak – anak sebab anak – anak tak nak berjimat dan faham masalah kadang – kadang takde duit.

Tapi anak – anak mereka tak faham. Lagi pula di sekolah kawan – kawan bawa duit banyak, makan sedap – sedap. Bila cakap dengan ibunya ni kena marah. Saya memang ibu yang gagal. Bila fikir nak bayar duit pibg, duit pibg RM100 sek menengah, RM50 sek rendah, rasa mahalnya ya Allah.

Nak makan pon kadang – kadang cukup – cukup makan je. Duit belanja makan, duit yuran asrama, baju, kasut, bag, sekolah koyak, kadang – kadang barang – barang PSV nak kene beli tiap minggu. Kami kadang – kadang memang tak mampu ye.

Lagi duit yuran untuk tahun depan, kelengkapan sekolah dan banyak lagi. Baju raya memang tak fikir, semua fikir untuk sekolah je. Itu pun pon tak taw lepas ke tak. Saya kecewa dan sedih kerana menjadi seorang ibu yang gagal, yang tak guna untuk menyediakan keperluan anak – anak.

Suami saya yang baru bukan takde bantu, dia bantu mengikut kemampuan dia saja. Lebih daripada tu saya yang pandai – pandailah jimat untuk sebulan. Kadang – kadang soal perbelanjaan pon suami marah dan ungkit kata saya boros.

Saya ni dah berjimat banyak dah. Makan minum pon bercatu sangat, barang kemas pon saya memang takde. Membeli baju atau apa – apa pon takde. Nak berjalan pon susah, memang di rumah saja uruskan anak – anak. Apa – apa memang utamakan makan minum dan keperluan sekolah anak – anak je .

Suami pula akan utamakan nafkah untuk anak kandungnya dulu. Soal anak – anak sendiri saya kena fikirkan sendiri. Soal kasih sayang anak – anak kandung dan tiri memang nampak sangat pilih kasih. Soal makan minum dan banyak lagi tapi tak nak ingat pon.

Buat masa ini saya sabar dan pendam saja dan harap yang baik – baik saja dari Allah. Maaf ye jika terlalu panjang . Mohon doakan saya kuat dan dimurahkan rezeki. Dipermudahkan segala urusan untuk membesarkan anak – anak hingga akhir hayat saya kelak. Terima kasih semua

Komen W4rganet :

Ruqaiah Assaya : Berat sangat tanggungan sis tt, saya baca pun sedih. Semoga kesusahan sis sekarang mnjadi asbab kesenangan sis akan datang. Semoga Allah permudahkan setiap urusan sis. Alhamdulillah sangat ramai orang yang baik – baik.

Sis ikut suggestion mereka, bincang dengan cikgu, mohon bantuan. Jaga hubungan dengan Allah, InshaAllah ada hikmah semuanya. Cuma buat sementara ni, hati memang kena kuat dan kental. Terus positif dan yakin.

Faqih Fiqh : Cuba belajar mengurut. Kerja yang tak perlu modal banyak dan masa yang lama untuk komit. Bangkit pelan – pelan. Lagi 1 cara akak cerita ni memang nampak akak tertekan.

Besarkan anak – anak sendirian memang struggle dan memerIukan wang yang banyak untuk support. Semoga dipermudahkan jalan ujian akak.

BACA: Timbalan speaker Dewan ‘sound’ ahli parlimen, ‘jangan bodohkan diri di khalayak ramai’