Setelah 2 tahun diluluskan, akhirnya Thailand haramkan semula ganja ini sebabnya

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai dadah berbahaya bermula pada 1 Januari tahun depan, menurut laporan akhbar Bangkok Post hari ini.

Keputusan ini diambil setelah sebuah jawatankuasa kerajaan bersetuju bahawa penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi perlu diharamkan.

Timbalan Setiausaha Kementerian Kesihatan Awam, Surachoke Tangwiwat, menyatakan bahawa semua ahli jawatankuasa bersetuju untuk membenarkan ganja hanya digunakan untuk tujuan perubatan.

Walaupun terdapat percanggahan pendapat dalam beberapa isu, undian majoriti akhirnya dicapai untuk mengkategorikan semula ganja dan hemp sebagai narkotik.

Surachoke juga mengumumkan bahawa jawatankuasa tersebut akan menyerahkan laporannya kepada Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik pada minggu depan.

Setelah 2 tahun diluluskan, akhirnya Thailand haramkan semula ganja ini sebabnya

Keputusan tersebut menetapkan bahawa ganja dan hemp akan dianggap sebagai tumbuhan narkotik, kecuali untuk dahan, akar, dan bijinya. Pucuk ganja dan sebarang bahan yang mengandungi lebih daripada 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) akan diklasifikasikan sebagai narkotik.

“Semua undang-undang yang berkaitan perlu dipinda sebelum 1 Januari 2025. Itu adalah tempoh masa yang kami rancang untuk undang-undang ini berkuat kuasa,” kata Surachoke.

BACA: “Aku tak berani nak terus terang dengan suami sampai harini suami masih tak tahu apa aku buat belakang dia”