Berpantang maut sebelum ajal, wanita nyaris maut dihempap kayuk balak di Gua Musang

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seorang wanita berjaya diselamatkan daripada kemalangan maut apabila motosikal yang dinaikinya dilanggar oleh muatan kayu

dari sebuah lori semasa melalui selekoh di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.23 pagi itu melibatkan Siti Norelyana Kamaruzan, 21 tahun,

seorang jurujual di sebuah pusat beli-belah tempatan. Beliau telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan lanjut selepas kejadian tersebut.

Menurut tunang mangsa, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22 tahun, dia diberitahu mengenai kemalangan itu melalui panggilan telefon

Berpantang maut sebelum ajal, wanita nyaris maut dihempap kayuk balak di Gua Musang

daripada seorang rakan yang kebetulan berada di tempat kejadian. Dia segera bergerak ke hospital untuk melihat keadaan mangsa.

“Saya melihat mangsa sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Gua Musang dan doktor memberitahu saya bahawa keadaannya masih tidak stabil.

“Saya amat terkejut dengan kejadian ini. Saya berharap agar semua orang dapat mendoakan keselamatan tunang saya,” katanya kepada pemberita di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, yang mengesahkan kejadian itu, tidak memberi butiran lanjut pada masa ini.

BACA: Ramai tak tahu lokasi yang sesuai pasang aircond, ambil tahu sebelum bil elektrik melambung!