Semasa hujan, kadang-kadang kita terpaksa mengemudi melalui jalan yang tergenang air.
Ada kali kita melihat air hanya cetek dan kereta di depan dapat melewatinya dengan mudah.
Tetapi setelah melewati jalan itu, kita menjadi resah kerana ternyata paras air agak tinggi.
Ini adalah situasi biasa yang dihadapi oleh pemandu semasa musim hujan.
Jika anda berada dalam situasi ini, berikut adalah teknik pemanduan yang perlu diamalkan:
1.Paling penting sebolehnya elak daripada redah banjir! Jangan fikir kereta di hadapan anda lepas, kereta anda juga boleh lepas. Lebih selamat berpatah balik.
2. Jika satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengharungi jalan dinaiki air, pandu dengan perlahan-lahan pada gear rendah/gear 2 (dalam 20km/h) pada kelajuan yang tetap.
3. Jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine kenderaan anda kerana air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Bagi kereta manual, jangan tukar-tukar gear ketika meredahi banjir dan bagi yang automatik kekalkan pada D atau lebih rendah.
4. Jangan panik dan jangan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning (tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan)
Kalau terjadi aquaplaning ini, pegang kuat dan kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar grip semula di atas permukaan jalan.
5. Setelah berjaya mengharungi jalan yang banjir, uji break dahulu. Mula-mula tekan break sampai anda yakin brek berfungsi. Kemudian pegang stering dengan kuat dan tekan brek sedikit demi sedikit untuk beberapa kali bertujuan untuk mengeringkan brek.
6. Kalau kereta telah di kelilingi air anda gagal melepasi banjir, tinggalkan kereta cepat-cepat dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi. Selamatkan nyawa anda dulu daripada kereta.
Bahayanya jalan dinaiki air ini adalah kita tidak tahu berapa kedalaman air. Kereta berisiko dihanyutkan air jika paras air terlalu tinggi.
BACA: Individu dedah sebenarnya di Bukit Broga terdapat 3 kampung yang tak nampak dengan mata kasar