Rakyat Malaysia dengan makanan di kedai mamak memang tak dapat dipisahkan sebab dekat kedai mamak,
kita boleh makan sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam.
Sepanjang hari nak makan dekat mamak pun boleh sebab memang ada pelbagai jenis menu.
Kalau tengah malam pun lapar lagi, kita boleh makan supper di kedai mamak sambil lepak dan tengok perlawanan bola sepak.
Seorang pemuda baru-baru ini pula telah menjadi perhatian ramai apabila dia menyambut hari lahirnya di kedai mamak bersama beberapa orang rakannya.
Gelagat mereka menyambut hari lahir di kedai mamak itu telah dikongsikan di TikTok oleh akaun tyrrerr.
Apa yang menarik perhatian ialah sambutan hari lahirnya itu turut ‘disertai’ oleh pelanggan-pelanggan lain yang ada di kedai mamak itu kerana mereka turut sama menyanyikan lagu selamat hari jadi kepadanya.
Dalam video yang berdurasi selama lebih kurang seminit itu, dapat dilihat mereka turut membawa kek untuk menyambut hari lahirnya di kedai makan itu pada jam tiga pagi.
Rata-rata warganet memuji kewujudan kedai mamak kerana kedai mamak merupakan tempat di mana semua kaum di Malaysia suka makan dan lepak bersama rakan-rakan dan keluarga.
Memang tempat 1 Malaysia kedai mamak ni kan.
BACA: Berpantang maut sebelum ajal, wanita nyaris maut dihempap kayuk balak di Gua Musang