Sebuah rumah bersejarah yang penuh dengan kisah seram di New Orleans, Louisiana,
Diiklankan untuk dijual pada harga AS$10.25 juta (RM48.22 juta), lapor akhbar New York Post kelmarin.
Rumah yang dikenali sebagai Lalaurie ini menjadi tumpuan para pemburu aktiviti paranormal di bandar tersebut.
Bangunan seluas 929 meter persegi dengan lapan bilik tidur itu telah diubahsuai oleh pemilik terdahulu,
yang memberikan sentuhan moden kepada binaan asal yang berasal dari tahun 1830-an.
Menurut laporan, struktur asalnya musnah dalam satu kebakaran pada tahun 1834, dan peristiwa-peristiwa mengerikan serta pembunuhan bersiri yang berlaku di situ terbongkar.
Pemilik asalnya, Delphine Macarty Lalaurie dan suaminya, Dr. Louis Lalaurie, dilaporkan terlibat dalam penyeksaan terhadap hamba mereka, termasuk membiarkan mereka mati kelaparan dengan mayat-mayat mereka dirantai.
Kejadian-kejadian menakutkan ini menyebabkan rumah yang hangus itu dirobohkan selepas keluarga Lalaurie menjual hartanah itu pada tahun 1837, lapor laman berita Journal.
BACA: