Siapa yang tidak kenal dengan Khairul Aming, pempengaruh muda yang sudah sinonim dengan video ‘masak-masak’ yang kreatif
Dan resepi yang menggiurkan, terutama sekali di bulan Ramadan?
Selama bertahun-tahun, dia telah menghiasi dapurnya dengan pelbagai hidangan lazat yang pasti membuat air liur kita meleleh.
Baru-baru ini, Khairul Aming mengumumkan berita gembira buat para peminatnya melalui perkongsian di laman TikTok,
memperkenalkan sesuatu yang baru dan segar untuk kita semua.
Selepas 7 tahun buat video masak kat dapur, tiba masa untuk upgrade my content. Memperkenalkan my new cooking series di mana kita rakam 9 episode memasak sambil explore New Zealand
🇳🇿 Impian untuk pursue my passion sambil travel dunia akhirnya tercapai. Welcome to the first episode 🥹
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
“Impian untuk pursue my passion sambil travel dunia akhirnya tercapai. Welcome to the first episode,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Video itu menjadi pembuka tirai kepada satu siri pengalamannya yang luar biasa.
Selepas tujuh tahun berkarya dan menghasilkan kandungan ‘masak-masak’ di ruang dapurnya, kini Khairul Aming membawa kita menjelajah ke luar negara pula.
Menerusi video ‘Episod 1’ yang dikongsikan, pemuda berbakat itu memperkenalkan siri rancangan memasak sambil menjelajah New Zealand.
Dengan latar belakang pemandangan yang menakjubkan dan suasana yang tenang, Khairul Aming membawa kita mengembara ke kota indah tersebut, satu episod demi satu.
Difahamkan, siri baharu ini terdiri daripada sembilan episod yang dirakam di pelbagai lokasi menarik di New Zealand.
Di sana, Khairul Aming bukan sahaja mempamerkan kemahiran memasaknya yang hebat tetapi juga membawa penonton menikmati pemandangan indah dan memukau negara tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, video ‘Episod 1’ yang telahpun mencecah hampir 50 ribu jumlah tontonan membuatkan warga maya teruja menantikan perkongsian video lainnya.
Komen-komen penuh dengan pujian dan kegembiraan, menunjukkan betapa Khairul Aming telah berjaya mencuri hati penonton.
Mari kita sama-sama nantikan episod memasak sambil menjelajah keindahan New Zealand bersama Khairul Aming.
BACA Pempengaruh kantoi guna ‘fake follower’ untuk dapatkan produk review secara percuma!