Khalid akhirnya dedah punca gaji KL City sangkut ramai tak tahu

Oleh ISMAIL YAHYA

Permainan ‘politik kotor’ babitkan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan kelab bola sepak Kuala Lumpur City FC (KL City)

adalah punca mengapa isu tunggakan gaji sering membelenggu pasukan itu sejak beberapa musim lalu.

Perkara itu didedahkan mantan Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad yang mengakui sudah lama menyimpan ‘cerita’

dalam kain persatuan itu yang akhirnya menyaksikan pemain KL City menjadi mangsa percaturan politik itu tidak bertanggungjawab itu.

Malah ujarnya, beliau turut diminta untuk melepaskan jawatan Presiden KLFA jika mahu isu tunggakan gaji berkenaan diselesaikan agar individu lain boleh dilantik sebagai Presiden baharu.

Khalid akhirnya dedah punca gaji KL City sangkut ramai tak tahu

“Untuk dirumuskan, pada ketika itu saya juga dapat maklumat bahawa duit tidak akan diberi selagi mana saya menjadi Presiden.

“Oleh itu, saya letak jawatan pada Mac lalu untuk memastikan gaji pemain masuk dan lesen KL City tidak ditarik balik. Selepas itu, duit sebanyak RM 3 juta diberi untuk selesaikan masalah gaji tertunggak 2023.

“Hingga saat ini, kelab belum dapat walaupun satu sen dari mereka. Saya dimaklumkan bahawa ada individu yang mahu menjadi presiden, tidak mendapat jawatan itu.

“Dan selagi mana Encik X ini tidak menjadi presiden, satu sen pun tidak akan diberikan kepada kelab. Atas sebab kepentingan politik, maka suasana dalam KL City menjadi semakin muram,” kata Khalid ketika ditemui di sesi sidang media di sini, hari ini.

Untuk rekod, isu tunggakan gaji babitkan pasukan KL City sering dilaporkan media tempatan khususnya Arena Metro dengan membabitkan tunggakan tiga hingga lima bulan.

Namun baru-baru ini, akhbar ini melaporkan luahan hati tonggak naturalisasi negara, Paulo Josue yang mengakui dia tidak menerima gaji sejak tujuh bulan lalu atau lebih tepatnya beraksi tanpa gaji bermula Januari tahun ini.

“Sebenarnya kurang tepat kata tujuh bulan. Seperti sedia maklum, pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat penukaran jadual Liga Malaysia musim ini maka tiga bulan terawal, tiada perlawanan atau latihan.

“Keadaan ini mencabar dan merumitkan keadaan untuk membayar gaji pemain yang tertunggak pada tiga bulan terakhir tahun lalu di mana kita telah mendapat amaran daripada MFL.

“Jadi sepatutnya yang tertunggak bermula Mei atau April di mana latihan pra musim kita bermula April. Tapi ada juga pemain yang memiliki kontrak sejak tahun lalu, jadi dia kira sekali untuk bulan yang tidak ada latihan itu.

“Tapi saya tetap hormati dan beri penghargaan buat Josue yang tetap bermain tanpa gaji selama tempoh itu,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau sebelum ini turut kehilangan beberapa tonggak utama KL City disebabkan permainan politik ini.

“Sebab hal politik ini, saya kehilangan Bojan Hodak, saya hilang Kevin Mendoza, Romel Morales, Akram Mahinan dan pemain utama.”

BACA: “Saya masih sayangkan isteri dan rumahtangga saya, dalam masa yang sama, saya teruskan juga perbuatan haram dengan adik ipar”