Wanita kena penyakit kuman selepas pakai lipstik tester

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Memasuki premis rantaian kesihatan dan kecantikan sememangnya bagaikan ‘syurga’ buat golongan wanita.

Terutamanya di bahagian produk kosmetik dan kecantikan, pastinya ramai yang akan cuba memakai produk tester terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli.

Pun begitu, pengalaman buruk yang berlaku kepada wanita bernama @Fatihah Ramli ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat semua.

Kita yang single pun berisiko untuk dijangkiti Herpes…Macam mana?

Kira-kira 7 tahun lalu, Fatihah telah dijangkiti masalah kelamin jenis Herpes walhal ketika itu, dia belum berkahwin apalagi melakukan hubungan badan dengan individu lain.

Wanita kena penyakit kuman selepas pakai lipstik tester

Segalanya bermula setelah Fatihah mencuba lipstik tester secara direct ke bibirnya ketika berada di sebuah drugstore.

Beberapa hari kemudian, simptom pertama iaitu ruam mula muncul di sekitar bibir Fatihah dan ia berlanjutan selama berbulan-bulan.

Pakai Lipstik Tester Direct Ke Mulut, Wanita Buka Cerita Dijangkiti Herpes
Awak dah berkahwin ke? Ada boyfriend ke? Fikir betul-betul apa awak buat – Doktor

Tidak mengesyaki apa-apa, wanita ini awalnya hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang dibeli sendiri daripada farmasi. Namun ekoran jangkitan mulut yang semakin berlanjutan, akhirnya Fatihah mengambil keputusan untuk mendapatkan pemeriksaan penuh. Setelah diimbau kembali, barulah dia teringat tentang tindakannya yang memakai lipstik tester sebelum ini. Tidak dapat dinafikan, jangkitan sebegitu kemungkinan diperolehi akibat kesan air liur pembawa-pembawa Herpes lain yang turut mencuba lipstik sama.

Pakai Lipstik Tester Direct Ke Mulut, Wanita Buka Cerita Dijangkiti Herpes

Saya dah sembuh sepenuhnya, tapi saya tak boleh pakai lipstik sampai hari ini

Akibat jangkitan tersebut juga, bibir Fatihah pernah rosak teruk, menggelupas dan kerap merekah. Meskipun kini sudah disahkan sembuh 100% daripada jangkitan Herpes, bibirnya tetap sensitif dan menyebabkan Fatihah tidak memakai lipstik selama 7 tahun berturut-turut.

“Kalau saya pakai lipstik, bibir saya perit. Jadi saya mampu pakai lip balm sahaja. Kalau korang taknak jadi macam ni, berhati-hatilah”

Pakai Lipstik Tester Direct Ke Mulut, Wanita Buka Cerita Dijangkiti Herpes
Gambar sekadar hiasan

Dalam video lanjut, Fatihah memperbetulkan sedikit kekeliruan bahawa apa yang dialaminya adalah Herpes dan bukannya Sifilis seperti yang dinyatakan dalam kapsyen video pertama.

KREDIT : TikTok Fatihah Ramli

BACA: “Saya masih sayangkan isteri dan rumahtangga saya, dalam masa yang sama, saya teruskan juga perbuatan haram dengan adik ipar”