Video tidak senonoh seorang anggota kastam wanita telah menjadi viral di media sosial, menimbulkan kecaman daripada netizen.
Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), video tersebut sebenarnya telah direkam pada tahun lalu
tetapi menjadi viral semula selepas disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Polis akhirnya berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam penyebaran video lucah tersebut semalam, seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.
Suspek yang juga dikatakan bekas teman lelaki kepada wanita dalam video itu ditangkap di rumahnya berhampiran Telok Panglima Garang, Kuala Langat, sekitar jam 6.30 petang.
Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah, Ketua Polis KLIA, mengesahkan penahanan itu yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA.
“Tangkapan ini dilakukan berdasarkan laporan polis daripada mangsa setelah video aksi tidak senonoh itu tersebar di Instagram,” katanya.
Beliau menambah, “Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan suspek dalam penyebaran video tersebut di media sosial.”
Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera.