“Dia kritikal dan ditidurkan, bila melawat aku nampak dia sakit amat sangat, aku menyesal atas doa yang termakbul”

Oleh ISMAIL YAHYA

Assalamualaikum sahabat² syurga yang di kasihi sekalian. Thanks admin sudi siarkan kisah aku.

Nama aku Jay (of course bukan nama sebenar). Dekat sini aku nak kongsi kisah berkenaan dengan penyesalan terhadap doa aku yang dimakbulkan.

Aku tak pernah ceritakan pasal doa ni dekat siapa² tetapi aku rasa menyesal dan bersalah atas doa yang pernah aku buat.

Di sini saja ruang untuk aku meluahkan apa yang aku rasa tanpa orang kenal siapa aku.

Kisah yang aku nak cerita ni berkaitan aku dan isteri aku. First of all, setiap rumah tangga pasti ada pasang surut kehidupan dan ujian hidup begitu juga dengan aku.

"Dia kritikal dan ditidurkan, bila melawat aku nampak dia sakit amat sangat, aku menyesal atas doa yang termakbul"

Mula² kahwin aku di uji dengan isteri yang selalu derhaka pada suami, tinggikan suara, suka maki hamun semua tu. Kalau bergaduh je mesti dia naik tangan dan ambil pisau kat dapur acah² macam nak bunuh aku dan diri dia.

Almost 5 tahun juga la dia macam tu. Masa tu hidup memang jauh dari agama. Lepastu aku mula muhasabah diri fikir kenapa dia berperangai macam tu. Then dari situ aku perbaiki diri, betulkan solat, belajar agama, pergi masjid, selalu berjemaah bersama isteri.

Then nampak la sikit perubahan dalam rumah tangga tu. Takde naik tangan semua tu dah. Sebagai isteri dia ok je tak berkira pasal gaji dia, selalu support kewangan aku.

Yang aku tak berkenan pasal mulut dia je. Yang ni memang dia susah nak ubah even aku selalu tegur. Kalau gaduh dia suka menyakiti hati aku dengan lidahnya. Anak² pun selalu di tengkingnya sampai anak² pun tak berapa rapat dengan dia.

That not the main point yang aku nak cerita. Point utama yang aku nak ceritakan pada satu hari tu kami bergaduh besar. Dan pada malam itu iaitu malam nisfu syabaan, aku doakan keburukan pada isteri aku.

Pada malam Allah kabulkan semua doa hambanya, aku bangun malam tu tahajud lepas tu aku berdoa ” Ya Allah, jika isteri ku berterusan menyakiti hati aku, Kau ambil la nyawa nye Ya Allah”.

Selepas 5 hari daripada doa tu dia mula sakit. Even sebelum ni dia memang sihat walafiat. Sebelum ni dia jarang la sakit. Sakit biasa² macam demam batuk tu je. Tu pun jarang² je la.

Bila sakit almost 2 minggu tu doctor diagnose dia menghidap kanser. Then dia kena refer ke hospital untuk buat chemo. Masa buat rawatan chemo tu tiap² malam dia mengadu dekat aku cakap sakitnya buat chemo.

Kerasnya hati aku ni masa dia sakit dan menjalani rawatan chemo, aku langsung tak pernah mendoakan untuk kesembuhan dia. Even anak beranak lain semua buat solat hajat untuk kesembuhan dia.

Sampai lah satu masa ni dia kritikal dan di tidurkan. Bila melawat dia aku nampak dia dalam keadaan sakit yang amat sakit. Nampak dia struggle melawan penyakitnya.

Malam tu masa solat aku menangis aku minta ampun pada Allah dan minta Allah ampunkan segala dosa² dia dan beri kesembuhan pada dia.

Selang dua hari lepas tu doctor call aku dan bagitahu dia nazak. Saat² terakhir kematian dia aku di sisi dia sempat bisikkan syahadah di telinga dia dan aku juga bisikkan yang aku dah ampunkan segala dosa² dia kat aku.

Lepastu dia pun pergi dengan tenang meninggalkan aku selama²nya. Dan dia meninggal dengan dapat redha dari aku. Alhamdullilah aku juga yang uruskan semua urusan pengebumian dia sampai ke liang lahad.

Bila dia dah tiada ni aku rasa sunyi yang amat² sunyi. Rumah ni terasa kosong bila dia dah tiada. Walaupan lidah dia macam tu tapi ada juga sisi baik dia sebagai isteri. Tiada lagi gelak ketawa dia, tiada lagi nak dengar dia membebel.

Sebelum dia di tidurkan tu, dia ada chat aku dan cakap nak pergi umrah. Dia nak aku bawa dia pergi umrah bila dia sihat nanti.

Bila teringat dia, air mata ni laju je mengalir menyesal sebab pernah mendoakan keburukan dia dan tak sempat tunaikan permintaan dia.

Mungkin ini memang ajal dia tapi sampai sekarang aku masih teringat akan doa yang pernah aku lafazkan. Doa ni masih menghantui aku sampai sekarang. Walau macam mana pun aku kena belajar untuk redha dan terima takdir yang Allah dah tentukan.

Cuma satu je aku nak pesan, seburuk² mana pun pasangan kita masih ada lagi sisi baik pasangan kita yang kita tak nampak dan tak pernah nak hargai.

Jangan pernah nak mendoakan keburukan pasangan kita sebaliknya berdoa lah supaya Allah buka pintu hati dia untuk berubah ke arah kebaikan.

Mungkin kita tak pernah tahu yang doa kita ni mungkin Allah angkat dan tunaikan. Bila dia dah tiada, menangis macam mana pun dia tetap tak akan kembali dah.

Kerinduan yang paling pedih adalah rindu pada orang yang dah meninggal. Mohon semua doakan aku kuat untuk jaga amanah anak² yang ditinggalkan. Pergi nya dia di bulan Ramadan, di 10 malam terakhir ramadan asbab sakit. Tinggi darjatnya di sisi Allah.

Moga kita semua mati dalam khusnul khatimah dan aku sentiasa berdoa untuk berjumpa dengannya di syurga Allah nanti kerana sesungguhnya aku sayang sangat² arwah isteri aku. Al fatihah untuk arwah isteriku “A”.

Terima kasih..

– Jay (bukan nama sebenar)

BACA: “Sebab aku orang baru dalam keluarga, mak mertua paksa aku mengaku walaupun bukan aku buat, sampai ugut nak bawa bomoh”