Rupanya macam ini cara pempengaruh kaya dengan hasil kutipan derma, patutlah kaya

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pasangan yang dikenali dengan imej islami sering melakukan dakwah di media sosial dan menggalakkan orang ramai untuk menyumbang, membangkitkan perhatian ramai netizen.

Di platform X, seorang individu telah tergerak untuk berkongsi pengalaman mengenai bagaimana

kebanyakan pempengaruh kaya-raya dengan mempromosikan derma di platform media sosial mereka.

Menurut individu tersebut, beliau sendiri pernah melalui pengalaman ini apabila dijemput untuk mempromosikan JomDonate bagi menggalakkan orang ramai untuk berderma.

Dia menjelaskan bahawa pempengaruh yang mencipta atau mempromosikan kempen derma seperti ini akan menerima komisen sebanyak 20 peratus dari jumlah sumbangan yang dikumpulkan.

Rupanya macam ini cara pempengaruh kaya dengan hasil kutipan derma, patutlah kaya

“Influencer cuma buat video pendek macam tazkirah tentang sedekah gitu je. Lepas tu letak link. Licik betul,” katanya.

Selain itu, individu itu juga mendedahkan bahawa antara kempen menderma yang popular adalah sedekah kurma semasa bulan Ramadan, infaq untuk berbuka puasa, dan menyediakan bubur lambuk.

“Mereka kutip RM5,000, boleh dapat RM1,000. Kalau kutip RM50,000? RM500,000? Berapa banyak influencer dapat? Ini baru satu kempen,” tambahnya

BACA: Peniaga durian tak pakai baju, tiada niat tayang badan sado ramai wanita yang berhenti membeli